3 hari yang lalumerupakan hari lahir yang ke 21. Dah 21 tahun snow white hidup tapi rasa sekejap je. Sekejap je dah final year. Sekejap je dah nak kerja. Waktu umur 20 rasa macam muda lagi dan perjalanan masih panjang tapi bila dah 21 tahun ni....baru sedar banyak lagi benda nak buat dan belum tercapai lagi. cerita pasal hari lahir ni snow white ada buat puding roti. first time buat. Alhamdulillah jadi juga puding roti tu. sampai lupa nak ambil gambar. Kalau tak boleh post dekat sini.
RESEPI PUDING ROTI
1 bungkus roti potong( tapi snow white guna 8 keping je)
sedikit marjerin/mentega
2 biji telor gred A (gred lain pon boleh)
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila ( siapa dah biasa buat kek mesti tau nak bajet)
1 sudu besar tepung jagung
200 ml whipping cream
200 ml susu full cream
kismis
Cara Buat:
1. Mula - mula buang kulit roti yang dekat tepi-tepi tu.
2. Sapukan marjerin di kedua belah dan masukkan dalam loyang.
3. Pukul sampai kembang telur, gula, esen vanila, tepung jagung.
4. Masukkan whipping cream dan susu. Kacau sebati.
5. Curahkan ke dalam loyang yang berisi roti dan tabur kismis.
6. Biarkan kembang selama 30 minit.
7. Panaskan oven dan bakar roti pada suhu 180'C selama 30 minit.
Siap dihidang. Sebenarnya ada kuah tapi snow white tak suka. Lagipun puding roti tu sedap dimakan macam tu je. Rasanya dah manis kalau letak kuah lagi la manis. "Kurangkan gula dalam makanan tambahkan manis dalam senyuman" hehehe...
Translate
Note Mood
Tuesday, October 9, 2012
Wednesday, October 3, 2012
Senyum pagi
Senyum pagi??? hehehe...Rasa dah tengah hari pun. Ada satu benda yang snow white nak kongsi hari ni. Tadi tengah godek-godek fb terbaca satu post nie. Nak cakap kelakar tak juga tapi boleh la sekadar kalau nak tersenyum tu. Cuba baca dekat bawah ni:
korang na cari suami macam mana? tulis no je..
1) jangan cari suami yg main BOLA sebab dia akan sepak kita
2) jangan cari suami yg main BADMINTON sebab dia akan pukul kita
3) jangan cari suami yg main VOLLEYBALL sebab dia akan tampar kita
2 OKTOBER 2012/ 1200 p.m/ tempat kerja
korang na cari suami macam mana? tulis no je..
1) jangan cari suami yg main BOLA sebab dia akan sepak kita
2) jangan cari suami yg main BADMINTON sebab dia akan pukul kita
3) jangan cari suami yg main VOLLEYBALL sebab dia akan tampar kita
4) jangan cari suami yg main TAKRAW sebab dia akn timbang n lipat kita
5) tapi carilah suami yg main RAGBI sebab dia akan peluk n sentiasa lindungi kita
SELAMAT MEMILIH ♥
5) tapi carilah suami yg main RAGBI sebab dia akan peluk n sentiasa lindungi kita
SELAMAT MEMILIH ♥
Pilihan korang yang mana? Mesti purata pilih no.5. So......sweeeeetttttttt^_^

Friday, September 14, 2012
Hayatilah......
Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tidak sehebat Sulaiman,
Mengapa berharap teman yang setampan Yusof,
jika kasih tidak sekuat Hajar,
dan mengapa didamba
teman hidup yang sesempurna
Muhammad jika ada
keburukan pada diri,
bimbingkanlah dirinya dan
terimalah kekurangan itu
sebagai keunikan.
Carilah kebaikan pada dirinya.
Bersyukurlah kerana dipertemukan
dengannya dan berdoalah
dia milik-Mu...
Subscribe to:
Posts (Atom)