Translate

Note Mood


Monday, October 22, 2012

Tips Untuk Berjaya ketika Berdiet.

Posted by snow white at 10:13 AM 1 comments
Post ni Snow white ambil daripada laman I luv islam. Mungkin berguna untuk yang nak berdiet (diri sendiri sebenarnya). Jom kita baca!

1. Menambah Karbo Selepas Senaman
Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda. Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.  

2. Jangan Tidur Ketika Lapar
Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.  

3. Kitaran Kalori
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya? Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini. Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.
Untuk belajar cara-cara mengira kalori-kalorie anda, cubalah layari laman web iluvislam.com ataupun layari kevinzahri.com.

4. Lengkapkan Dengan Protin
Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya. Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda. Pilih protin yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.


5. Jadualkan 'Cheat Day'
Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul. Dengan menjadualkan 'Cheat Day' ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain. Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk 'Cheat Day' dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.


6. Saratkan Dengan Serat
Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang. Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.

7. Kawal Pengambilan Minuman
Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira. Jika anda peminat tegar minuman manis ini, alternatif yang ada ialah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak usaha menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya. Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.

8. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)
Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak. Setiap usaha pasti akan diiringi kejayaan. Jangan berputus asa untuk melakukan perubahan pada diri anda.

Walaupun banyak tips yang ada tapi yang penting adalah disiplin untuk mengawal nafsu daripada makan secara berlebihan. Masalahnya disini susah nak disiplinkan diri. Macam mana? Kadang-kadang first week je semangat lepas tu......faham-faham sendiri la












7 perkara yang perlu dielakkan selepas makan

Posted by snow white at 9:55 AM 0 comments

 Berikut adalah 7 perkara yang dilarang daripada dilakukan selepas anda menjamu selera:
1. Jangan merokok: Kajian daripada pakar membuktikan bahawa merokok sebatang rokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok. (Meningkatkan risiko menghadapi kanser)
2. Jangan terus makan buah-buahan: Memakan buah-buahan sebaik sahaja anda menghabiskan makanan anda akan menyebabkan perut anda dipenuhi dengan udara (kembung). Oleh itu, makan buah-buahan 1-2 jam selepas anda makan atau 1 jam sebelum anda makan.
3. Jangan minum teh: Ini disebabkan daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Ini menyebabkan protein di dalam makanan yang anda makan menjadi keras dah sukar dicerna.
4. Jangan longgarkan tali pinggang anda: Melonggarkan tali pinggang anda selepas makan akan menyebabkan usus anda tersumbat atau terbelit dengan mudah.
5. Jangan terus mandi: Mandi akan menyebabkan peningkatan dalam pengaliran darah ke bahagian tangan, kaki atau bahagian lain di tubuh anda. Tetapi pengaliran darah ke bahagian perut pula berkurangan. Ini menyukarkan proses pencernaan yang sempurna.
6. Jangan berjalan-jalan: Berjalan-jalan dengan banyak sebaik sahaja anda menghabiskan makanan anda akan menyukarkan system pencernaan anda menyerap nutrisi daripada makanan yang telah anda telan.
7. Jangan terus tidur: Tidur akan menyebabkan gangguan terhadap sistem pencernaan dan penghadaman anda. Ini akan membawa kepada masalah gastric dan jangkitan kepada usus anda.



Sejauh mana kebenarannya tak tahu la. Wallahua'lam. Ini pun snow white ada terbaca dekat satu blog ni. Tapi tak salah kalau kita mencuba

Tuesday, October 9, 2012

Resepi Puding Roti

Posted by snow white at 10:44 AM 0 comments
3 hari yang lalumerupakan hari lahir yang ke 21. Dah 21 tahun snow white hidup tapi rasa sekejap je. Sekejap je dah final year. Sekejap je dah nak kerja. Waktu umur 20 rasa macam muda lagi dan perjalanan masih panjang tapi bila dah 21 tahun ni....baru sedar banyak lagi benda nak buat dan belum tercapai lagi. cerita pasal hari lahir ni snow white ada buat puding roti. first time buat. Alhamdulillah jadi juga puding roti tu. sampai lupa nak ambil gambar. Kalau tak boleh post dekat sini.

RESEPI PUDING ROTI

1 bungkus roti potong( tapi snow white guna 8 keping je)
sedikit marjerin/mentega
2 biji telor gred A (gred lain pon boleh)
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila ( siapa dah biasa buat kek mesti tau nak bajet)
1 sudu besar tepung jagung
200 ml whipping cream
200 ml susu full cream
kismis

Cara Buat:

1. Mula - mula buang kulit roti yang dekat tepi-tepi tu.
2. Sapukan marjerin di kedua belah dan masukkan dalam loyang.
3. Pukul sampai kembang telur, gula, esen vanila, tepung jagung.
4. Masukkan whipping cream dan susu. Kacau sebati.
5. Curahkan ke dalam loyang yang berisi roti dan tabur kismis.
6. Biarkan kembang selama 30 minit.
7. Panaskan oven dan bakar roti pada suhu 180'C selama 30 minit.

Siap dihidang. Sebenarnya ada kuah tapi snow white tak suka. Lagipun puding roti tu sedap dimakan macam tu je. Rasanya dah manis kalau letak kuah lagi la manis. "Kurangkan gula dalam makanan tambahkan manis dalam senyuman" hehehe...






Wednesday, October 3, 2012

Senyum pagi

Posted by snow white at 12:01 PM 0 comments
Senyum pagi??? hehehe...Rasa dah tengah hari pun. Ada satu benda yang snow white nak kongsi hari ni. Tadi tengah godek-godek fb terbaca satu post nie. Nak cakap kelakar tak juga tapi boleh la sekadar kalau nak tersenyum tu. Cuba baca dekat bawah ni:

korang na cari suami macam mana? tulis no je..

1) jangan cari suami yg main BOLA sebab dia akan sepak kita
2) jangan cari suami yg main BADMINTON sebab dia akan pukul kita
3) jangan cari suami yg main VOLLEYBALL sebab dia akan tampar kita

4) jangan cari suami yg main TAKRAW sebab dia akn timbang n lipat kita
5) tapi carilah suami yg main RAGBI sebab dia akan peluk n sentiasa lindungi kita

SELAMAT MEMILIH ♥
Pilihan korang yang mana? Mesti purata pilih no.5. So......sweeeeetttttttt^_^ 
2 OKTOBER 2012/ 1200 p.m/ tempat kerja

text generator

"---------------------------"
 

:: 안녕하세요 :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review