Translate

Note Mood


Sunday, June 2, 2013

Memori Indah Dalam Hidupku

Posted by snow white at 5:40 PM 5 comments Links to this post
         First entry untuk bulan Jun ini. Mungkin entry kali ni panjang. Sebenarnya nak post beberapa hari yang lepas tapi tengah busy siapkan PTA  nak tunjuk dekat SV. Hari khamis yang lalu merupakan hari terakhir kuliah dekat UKM bersama-sama student TH. Rasa macam tak percaya pulak dah tiga tahun berlalu. Macam baru semalam je daftar. Ingat lagi tiga tahun yang lalu aku datang daftar dekat kolej rahim kajai. Dapat bilik asrama tapi masa tu aku sorang je. Tak de roomate tapi tak kesahlah sebab dah biasa duduk asrama. Lepas sesi orentasi tamat, aku pergi ke kuliah untuk pertama kalinya. Kelas mula pukul 8 pagi tapi first year la katakan, pukul 7 pagi aku dah tercongok dekat bus stop sebab tak nak lambat. Bukan sorang2 ok. Ramai lagi 1st year dekat situ. Macam mana tau 1st year? Of course la tengok baju. Kalau yang perempuan siap baju kurung, lelaki lak dengan kemeja ada sesetengah tu bertie lagi. Tapi makin lama, faham-faham je la.....Sampai dekat fak, pergi cafe dulu sarapan. Perasaan aku waktu tu tak tau nak cakap. Dari Form 1 amek bidang Sains. Dekat matrik pulak amek Sains Hayat tiba2 dekat UKM dapat multimedia. Bidang yang memang aku tak pernah mintak dekat UKM ni. Nak wat camne, terima je la. Mungkin ada hikmah disebaliknya.

            Mula-mula belajar aku tak berapa rapat sangat dengan dak2 TH(multimedia). Aku rapat dengan dak course lain. Orang pertama yang aku tegur Simaa dengan Zu. Tegur je lepas tu aku wat hal sendiri. Bukan sombong tapi aku ni jenis yang lambat rapat dengan orang. Kalau dah kenal tak tau nak cakap apa. Hampir satu semester aku tak bergaul sangat dengan dak TH. Cakap pon kalau ada kerja kumpulan. Teruk kan aku ni. Akhir semester satu, baru aku rapat ngan dak TH. Itu pon lepas ada krisis ngan course lain. Serius aku terasa giler dengan diaorang. Krisis apa???? Malas nak ingat balik. Walaupun aku ni pendiam tapi aku tak boleh hidup kalau x de kawan. Lepas krisis tu aku bertekad nak rapat dengan dak TH. Lagipon aku akan habiskan masa 3 tahun dengan diaorang. Nampak macam motif aku rapat dengan diaorang salah sebab aku tak nak hidup sorang2 kat UKM ni. Namun dari situlah memori indah aku tercipta. Mungkin tak dapat aku lupakan. Aku ingat lagi waktu kelas statistik dekat bk7, aku terus duduk dekat barisan kedua. Aku mula tegur.

" Hai, ada orang tak duduk sini?"

" Tak ada, duduklah."

" Nama sapa?"

" Najlaa Izzati. Panggil Najlaa. Yang ni Nooraidah panggil Ida"

" Wei, ko ni. Mana de.Panggil Aida. Nama sapa?"

"Nurul Elnika. Panggil El. Oo..Najlaa. Yang ni nak panggil Ida ke Aida"

"Mana-mana je la. Tak kisah"

"Ikut Najlaa la. Panggil Ida,"

Lepas kelas tu dengan muka tak malu aku ikut diaorang gi cafe. Dari situ kami berkenalan. Simple kan. Kalau ada projek mesti kami bertiga satu kumpulan melainkan pensyarah yang tetapkan. Semester dua pulak ada sorang baru masuk. Nak tegur takut. Cam scary je. Masa sem ni la aku mula nak rapat dengan Simaa dengan Zu. Mereka berdua ni selalu bersama dari sem satu lagi. Kolej pon sama. Ada sekali tu gi cafe tiba2 nampak bertiga lak. Dekat situ la diaorang kenalkan aku ngan student baru tu. Ooo...nama dia Ain. Bila dah kenal tak de la scary sangat. Ok je dia. Kalau tak silap aku kami berenam rapat sebab ada satu projek tu kami group sama. Tu yang rapat. Lagipon kami suka duduk depan. Tak sangka dari perkenalan yang singkat membawa kepada sebuah persahabatan yang erat.

Gambar student TH 1st year.

        Tak ingat bila gambar ni diambil. Masa sem satu ke sem dua. Muka dalam ni happy je tapi sebanarnya aku tak kenal sangat pon. Budak2 Cina lagi la aku tak tau pon nama diaorang. Bila masuk tahun dua barulah student TH mula nak rapat. Dah nampak da group2 yang terbentuk tapi tak bermakna kami tak bertegur sapa. Banyak kenangan yang tak dapat dilupakan. Shooting dekat Melaka, program IKHWAH, I-TOUCH.  Geng aku pulak tiap2 sem mesti ada buat aktiviti tanda kenangan. Sem 1, pergi ZOO Negara. Kami berempat je yang pergi. Aku, Ida, Najlaa dengan Zu. Time ni aku amek kursus fotografi. Apa lagi aku pon praktikkan ape yang da belajar. Sem 2, pergi i-City. Najlaa pulak yang tak de. Kami pergi berlima je. Masuk rumah salji. Aku dah pernah gi i-City tapi bila pergi dengan kawan-kawan terasa lain pulak. ^_^. Sem 3 lagi best. Short sem. Waktu ni tengah cuti sem tapi kitaorang ada short sem. So, tak balik la. Time ni puasa. Asrama pon kosong. Tinggal beberapa orang je. Kenangan yang tak dapat dilupakan kitaorang buat BBQ. Mentang-mentang tak de orang....hihihi. Siap main mercun lagi dengan bunga api.

         Masuk tahun tiga, kami pergi praktikal. So, tak jumpe la ngan student TH yang lain. Masuk sem baru kecoh bercerita tempat LI. Tapi yang tak best kena buat PTA. Pening-pening.....Walauapapun sempat lagi kami berenam keluar ke Sg. Tekala. Bila lagi kan????? Lepas tu bila minggu-minggu terakhir ni masing-masing sibuk bergambar (termasuk aku sekali) sebagai tanda kenangan selama tiga tahun. Bulan 10 dah konvo.  Jom layan gambar kat bawah ni. Sedih sebab aku tak dapat bergambar dengan diaorang. Tak sempat sebab ada presentation. Solat pon belum lagi. So, tak dapat join. Hopefully, kita dapat bergambar bersama-sama lagi.





   

             Lepas ni tak tahu bila boleh jumpa lagi. 5 tahun, 10 tahun atau mungkin selama-lamanya takkan berjumpa. Kita tak tahu, kalau ada diizinkan Allah  insyaallah akan berjumpa. Walaupun tak jumpa, kita semua masih boleh berhubung di alam maya kan. Sebenarnya banyak lagi nak cerita tapi memandangkan entry ni da panjang terpaksa dipercepatkan ceritanya. Namun, kenangan yang terpahat tak mungkin dapat dilupakan dengan mudah. Beberapa tahun lepas ni bila baca balik entry ni mesti sedih...sekarang pon dah touching. Sebagai penutup bicara, hayatilah lirik di bawah ni.

Masihku ingat lagi
Semusim yang berlalu
Awal perkenalan kita di sekolah ini
Lidah kelu membisu
Hanya senyum tersimpul
Namun sukarnya untuk meluahkan kata-kata
Mengharapkan hulur salam kemesraan
Ratapan naluri

Hari-hari berlalu
Kemesraan tersimpul
Mengisi tiap waktu cerita suka dan duka
Tiap kata terucap
Pasti senyum terukir
Menyusul gelak tawa gurauan kebahagian
Pasti rindu terasa bila berjauhan
Sucinya ikatan..


Saat-saat indah...
Bila kan kembali...
Pasti bersemadi...
Tertulis di hati...
Manisnya kenangan...
Menjadi memori...
Milikku abadi...
Hingga akhir nanti..

Sungguh pilu terasa
Tiba saat berpisah
Air mata berlinangan hati sebak menahan
Di akhir pertemuan
Adanya perpisahan
Namun tiada berdaya untukku menahannya
Ku hulur tangan ini sebagai tanda
Salam perpisahan........


p/s: Nak tujukan ucapan dekat coursemate walaupun tak sure diaorang baca ke tak entry ni.

      Kepada Ida, Najlaa, Simaa, Zu, Ain: terima kasih sebab korang sudi terima aku jadi member kamcing korang. Sudi bersama aku saat suka dan duka. Terima kelebihan dan kekurangan diri aku. Sentiasa bagi tunjuk ajar dan dorongan serta sokongan tanpa kira masa. Minta maaf andai kata aku pernah terguris perasaan korang dengan kata-kata ataupun perbuatan aku selama tempoh persahabatan kita.

Kepada coursemates yg lain :  E-Von, Jack, Mak Sheila, Bell, Szu Xin, Kak Sopi,Kak  Emi, Kak Najwa, Kak Baq, Kak Eti, Siti, Sobana, Farhah, Yana, Fatene, Haz, Basyrun, Ameer, Taufik, Azri, Luqman, Ikhsan, Haaris, Faizul, Akmal, Leng Leng, Mei Yen, Si Ting, Suat Lee, Wen Men, Jing Wen, Siong Chian, Christopher, Chee Hong, Fan Jet, Boon Tat, Kim Han. Sorry kalau ada yang tertinggal. Walaupun aku tak rapat dengan korang macam mana aku rapat dengan mereka berlima tapi banyak kenangan yang dah kita lalui bersama. Terima kasih sebab turut mewarnai kehidupan aku di universiti ni. Minta maaf kalau andai kata ada silap salah serta terkasar bahasa yang mungkin aku tak perasan. Halalkan makan minum dan ilmu yang korang bagi. Semoga kita berjumpa lagi.

Buat yang terbaik untuk final exam dan present PTA yang akan datang.



Saturday, May 18, 2013

fastfood bar

Posted by snow white at 10:09 AM 0 comments Links to this post
Fastfoodbar-y8
Fastfood Bar
Click here to play this game

 

Wednesday, May 15, 2013

BAGAIMANA MENDAPAT KEBERKATAN BELAJAR...

Posted by snow white at 3:48 PM 0 comments Links to this post
1) Sebelum belajar, niat bahawa aku belajar ini kerana Allah S.W.T.

Setiap kali mahu keluar bilik untuk pergi kuliah, sentiasa ingatkan diri, aku menuntut ilmu ni kerana Allah S.W.T. Banyak kelebihan bagi orang yang menuntut ilmu.

Jangan rasa tertekan jika kelas bermula seawal jam lapan pagi dan habisnya pula dalam pukul lima petang. Tetapi fikir bahawa sepanjang proses menuntut ilmu ini, Malaikat akan sentiasa mendoakan kita. Jadi, kita tidak akan rasa terlalu tertekan jika kelas itu tersangatlah lama.

2) Disiplinkan diri.

Setiap kali mahu study, mesti baca satu muka surat al-Quran sebelum bermula waktu study itu. Jadi, pasti kita tidak tinggalkan al-Quran walau sesibuk mana pun kita. Ustazah ada cerita satu kisah yang sangat memberi inspirasi.

Ada seorang budak perempuan di Arab Saudi yang mayatnya tidak hancur, walaupun sudah lebih dua tahun dia meninggal dunia. Ramai yang pelik kerana budak itu masih kecil, dalam umur 15 tahun. Jadi, ada yang pergi pada kedua ibu bapa budak itu dan bertanya, apakah amalan budak perempuan ini.

Ibunya menjawab, saya tidak tahu apa yang istimewa anak saya lakukan, cuma saya tahu dia sangat menjaga al-Quran. Setiap kali sebelum belajar, dia pasti akan baca satu muka surat ayat-ayat al-Quran, memang tidak pernah tinggal. Jadi, budak sekecil ini pun boleh baca satu muka surat setiap kali sebelum belajar, kita yang besar panjang ini mustahil tidak mampu bukan? Orang yang hebat tidak akan memberi alasan, tetapi dia sentiasa cari jalan.

3) Kembalikan caj-caj positif dalam diri supaya tiada ruang untuk Syaitan menghalang kita menuntut ilmu.

Apabila kita rasa tertekan kerana berkali-kali sudah membaca topik tersebut, tetapi tetap tidak faham, dan akhirnya, kita rasaputus asa dan terus tutup buku. Dan yang lebih bahaya, mind setting akan mengatakan topik ini sangat susah dan tidak menarik. Akhirnya, kita tinggalkan terus topik itu hingga akhirnya kelam kabut waktu menjelang peperiksaan.

Jadi, apa kata kita cuba tips daripada 'salafus soleh' terdahulu. Apabila ada sesuatu yang menghalang fokus, mereka pergi perbaharui wudhuk dan solat sunat dua rakaat.Jika kita seperti ini, sekurang-kurangnya dapat perbaharui wudhuk sudah memadai.

4) Utamakan seruan Allah S.W.T.

Part paling penting! Apabila sedang khusyuk study, tiba-tiba azan berkumandang. Berhentilah sebentar untuk menyahut seruan Allah S.W.T. Tidak lama pun solat ini. Jadikan ia sebagai terapi diri selepas penat belajar. Imam Ghazali ada mengatakan bahawa:

"Orang yang menyahut seruan azan dengan serta merta meninggalkan segala urusan untuk menunaikan solat berjema'ah, di akhirat kelak, dia akan dijemput oleh Allah S.W.T dengan penuh lemah-lembut dan menjadi tetamu-Nya."

Jadi, setiap kali rasa berat punggung mahu berhenti study untuk solat, ingat kembal, jika aku mahu dijemput oleh Allah S.W.T di Akhirat kelak, aku perlu utamakan solat dahulu daripada kerja lain. Mana kita tahu bukan, kita lagi rasa mudahapabila belajar selepas selesai solat itu. Inilah namanya berkat. Apabila kita utamakan Allah S.W.T daripada benda lain.

5) Jangan lupa membaca doa dan ambillah wudhuk sebelum mula belajar.

Doa mohon Allah S.W.T memberi kekuatan dalam menuntut ilmu. Apabila kita ada wudhuk ini, kita akan sentiasa ingat bahawa belajar ini adalah satu ibadah yang sangat dituntut dalam Islam dan memudahkan lagi untuk kita terus solat jika sedang belajar, tiba-tiba azan. Kita tidak tahu dengan wudhuk itu, kita belajar lebih berkat.


Monday, April 1, 2013

HO HO HOLIDAY....(part 2 )

Posted by snow white at 6:09 PM 0 comments Links to this post
sambungan part 1....


Entry ni adalah sambungan dari entry yang lepas. Siapa yang tak baca lagi sila-silalah baca ye...hehehe... nak tau tak apa yang jadi masa kami tengah keringkan baju tu. Kami tengah sembang-sembang rancang nak main bowling hari terakhir dekat UKM ni. Ye la bila lagi nak keluar kan. Entah-entah kalau jumpa lagi masing-masing dah berkeluarga. Dah beranak-pinak pun. Sembang punya sembang entah macam mana tercetus nak pergi hari tu juga. Memandangkan duit pun ada lebih sebab mula-mula ingatkan nak sewa sehari kereta tapi tak jadi. Kami sewa setengah hari je. Dari 8 pagi sampai 8 malam. Mula-mula risau juga sempat ke? Nak balik kolej dulu solat asar ngan tukar baju tambah pula UKM selalu sesak petang-petang. Akhirnya.....semua setuju nak main bowling hari tu gak. 3.45 semua gerak tukar baju gilir-gilir (tempat ada 2 jer). Lepas kemas semua barang kami pun turun bawah dan balik jam 4.30 petang. Time tu dah rancang nak main bowling dekat Metro Point je. Dekat tapi tengok keadaan juga la. Kalau jalan tak sibuk on jer main bowling kalau jalan sesak ingat nak pusing-pusing dekat Putrajaya nak habiskan minyak ngan masa...hehe.. Tepat jam 6 petang gerak dari UKM pergi rumah Ida. Alhamdulillah jalan tak sesak sangat. Dalam kereta tu dah fikir nak letak nama apa. Ada jagung, peach, goguma, lime, manggis...putat pun ada. Kesian kawan yang pilih nama buah putat jadi bahan gossip. Sebenarnya first time kitaorang dengar buah putat. Kelakar pun ada gak. Tu yg kawan kita sorang tu jadi bahan. Hehehe..... Kejap-kejap. Korang tau tak buah putat tu macam mana. Bagi yang tak tau...ni la rupa buah putat.


Snow White pun tak dapat nak bayangkan besar mana buah ni. Ok ok sambung balik cerita. Kami sampai dekat metro point dalam 6.45 cam tu. Naik atas pergi tempat bowling. Sekali masuk.....mak aiihh...ramainya orang :(. Terkejut gak. Ingat hari Jumaat tak ramai orang. Paling cepat boleh main pon lepas Maghrib. Mana sempat. Kereta sampai pukul 8 je. Dengan hati yang kecewa...kami pergi membawa diri....punyalah da excited dalam kereta huhu...Kami pun teruskan dengan rancangan kedua pergi Putrajaya singgah solat dekat masjid Putrajaya. Dalam perjalanan tu Ain mesej Anwar mana tau boleh kan tambah masa ikut jam. Ada harapan di situ. Malangnya sampai putrajaya Anwar tak balas mesej lagi. Call pun tak angkat. Kami pun sedapkan hati mungkin Allah nak kita sembahyang dekat masjid. Mesti ada hikmahnya.....Dah berseronok seharian jangan abaikan kewajipan kita. Jom tengok pemandangan sekitar masjid Putrajaya pada waktu malam.






Cantik...kan. Lepas solat kami bincang balik nak main juga bowling. Kami rancang nak hantar kereta sewa lambat sikit dalam pukul 10 camtu. Kalau dia nak suruh kami bayar untuk sehari pon tak pe la. Lepas tu tak lama Ida datang cakap Anwar dah balas mesej. Dia kata ok. Sejam RM9 tapi jangan lebih pukul 12 malam ada orang nak guna. Masa tu memang dah tak terkata. Syukur sangat....memang betullah ada hikmah kenapa bowling dekat Metro Point tu penuh sampai kami selamat tiba dekat masjid Putrajaya ni. Pengajaran...solat dulu baru main. Bukan main dulu baru solat. Kami pun pergi Alamanda sebab itu yang terdekat. Penat kot cari parking. Sampai ke P5. Hati dah mula risau ramai ke tak orang dekat bowling ni. Parking pun penuh. Masuk dekat tempat bowling happy giler. Tak ramai sangat orang. Satu game RM7. Memandangkan kesuntukan masa.....kami main satu game tapi ambil 2 line. Cepat sikit. Kita usha sat tempat bowling.





Mula-mula semangat baling lama-lama penat tangan. Mana tak nye. Bola yang ringan dah habis. Kami dapat yang berat dia 7 dengan 8. Jenuh nak mengangkat. Kami main slow je sebab bola tersekat so dia tak keluar kat tempat kami. Dah separuh game ada pekerja dekat situ lalu. Kami buat report baru bola datang bergolek-golek.....Ini keputusan pertandingan.

1. Jagung-simaa
2. Putat-ain
3.Goguma-zu
4. Peach-saya
5.Lime-Ida
6. Manggis-najlaa

Kami pun balik dengan perasaan yang puas. Kami sampai hampir 10.30 tapi Anwar kira 2 jam so tambah lagi RM18 tapi kami guna duit baki so tak de la kami keluar duit lagi. Still dalam bajet. Lupa nak cerita masa balik tu ada pulak lagu Rileks....Brader. Kalau tak tau cari dekat internet ye. Habis da semua terpengaruh dengan lagu tu. Bukan semua la. Segelintir hehe.....

Walauapapun pengalaman ni tak dapat Snow White lupakan.....entah bila dapat pergi lagi. Rasa baru semalam masuk U sedar-sedar dah final sem...huhuhu....sedih :(. Lepas ni semua dah bawa haluan masing-masing....

p/s: Jom kita keluar lagi lepas present PTA.....untuk kali terakhir... 




To My Friend

Posted by snow white at 7:59 AM 0 comments Links to this post



Lime,Putat,Manggis,Jagung,Goguma

For everything there is a season
And I know you must go
But in my heart is a treasure chest
More precious than mere gold

It’s a lifetime of memories
And wonders to behold
A picture book of dreams and secrets
We’ve shared since we met long ago
The magic you created
It is there within your smile
Enchantment, embrace it
Keep it with your every mile

Look forward to tomorrow
Yet, never forget yesterday
Where we found each other
Becoming friends along the way

Although I will miss you
This is not a final good-bye
We’ve still got a lot of memories
To share between your heart and mine

Friends forever,
Peach


credits: http://www.brightcreationspoetry.com/friendship.php

 

Sunday, March 31, 2013

HO HO HOLIDAY..... (part 1)

Posted by snow white at 9:17 AM 2 comments Links to this post

                Alhamdulillah....akhirnya rancangan percutian untuk sem ni dah terlaksana. Setelah sekian lama merancang baru dapat pergi. Cuba teka dekat mana destinasi percutian kali ni. Kat mana ek??????? Zoo Negara sudah...i-City sudah...Petrosains sudah....kalau tengok tempat-tempat tu semua jauh dari UKM tapi destinasi kali ni kitaorang pilih yang dekat je. Tak sampai sejam pon perjalanan. Walaupun dekat tapi seronok sangat. Seronok3x... Tempatnya di Sg.Tekala.

                    Pemandangan di Sungai Tekala

            Snow White nak story pengalaman Snow White semalam. Bermula dari jam 4.30 pagi.... ceh..wah macam gempak je. Snow White bangun pukul 4.30 pagi untuk masak spegetti tapi start masak 4.45 pagi. Awalnya..bangun. Masak spegetti je kot. Harusla, sebab periuk ada satu je. Kenalah gilir-gilir nak rebus mee, rebus ayam, masak sos lagi. Setelah berhempas pulas siap masak pukul 6.15 pagi sekali air honey dew. Fuuhhh, lega dengan mulut yang tak berapa betul sangat nak rasa makanan pepagi ni...tawakal je la. Lepas tu dah siap kemas, basuh pinggan mangkuk lagi, mandi...tengok jam dah 6.45 terus solat subuh. Baju tak kemas lagi tu. Siap gosok baju mesej Simaa. " Simaa nak grk msj ek. Org x siap gi ni" Maklumla rancang nak gerak 7.00 pagi. Teettt....teettt.... "Belum2. Org br hbs mandi. dlm 7.30 org grk :)". Apa lagi Snow White terus sapu bilik sikit-sikit then siap sebelum sebelum Simaa dengan Zu datang. Sampai di Kolej Ungku Omar, Najlaa dah tunggu dah. Rupanya Anwar tak sampai lagi. Kitaorang sewa kereta Alza dengan dia sebab kitaorang ada 6 orang + barang lagi. Dekat pukul 8 baru Anwar sampai lepas tu bersyarah panjang la pulak....mamat ni. Tangan Snow White dah lenguh angkat Spegetti sebelah tangan. Then pergi ambil Ain dekat rumah dia. Lupa nak mention kereta Alza ni baru...kot...kami yang kedua pakai..hehehe... Orang terakhir sekali Ida. Kesian mak Ida. Baru je beli tempat nak buat BBQ, kitaorang yang rasmikan dulu...minta maaf ye..mak cik... ^_^. Bila dah kumpul 6 orang memang riuh la dalam kereta tu. Tambah lagi masing-masing excited....lagi la riuh. Ada sekali tu tengah syok bergambar dalam kereta sampai tak sedar lampu dah hijau. Kereta depan semua dah jalan. Nasib tak kena hon kereta belakang. Hehehe...

      Dalam pukul 10 lebih sampai dekat sungai tekala... mak...aiiihhh penat giler kot panjat naik atas nak cari tempat yang sesuai. Lagipun tak ramai sangat. Kitaorang pon mula membakar arang.. sambil nak tunggu, kitaorang makan dulu keropok lekor, pisang goreng dengan minum air kelapa..

Proses membakar arang


Air kelapa dengan makanan yg dibeli dekat bawah

Sementara tunggu...apa kata kita tengok sat sekeliling Sungai Tekala ni. Snow White letak beberapa keping je. Nanati panjang sangat pulak entry ni..




 Bila bara dah sedia, kami mula BBQ. Macam-macam makana yang kami bawa. Kalau tengok mesti tak percaya makanan tu akan dimakan oleh 6 orang girls. Nak tau tak menu kami apa? Ayam 2 ekor, ikan kembung 2 ekor seorang, ikan keli 6 ekor, sosej satu paket panjang, spegetti, nasi dan telur masak kicap akhir sekali jagung bakar. 





Banyak tak...... mesti korang fikir. Habis ke????? Mestilah habis. Tapi tak de la kami makan sekali harung. Mana yang dah siap bakar, makan dulu. Lagipun kami dekat situ sampai petang so, bila dah lapar balik, makan lagi. Tapi sebenarnya dalam diam kami ada rancang sesuatu untuk Ida. Memandangkan hari Khamis tu birthday dia, so kami rancang nak sambut birthday dia walaupun dah lambat sehari. Nasib baik dia tak perasan kek yang kami bawa sepanjang perjalanan. Tengah dok sembang-sembang dengan dia lepas siap bakar semua makanan, Najlaa, Ain dengan Zu senyap-senyap prepare pasang lilin dekat kek nak surprisekan Ida. Tapi malangnya.....Zu dah tertunjuk kotak kek dulu. Kantoi....surprise tak menjadi. Walau apapun Ida still terharu sebab tak sangka kami akan beli kek. Ha...bulan 10 birthday nanti konvo korang kena bawak hadiah tau. Hehehe....(demand giler). 

                              Kek birthday Ida. Sedap........

           Ok kita sambung cerita. Sebelum sambut birthday Ida ada la sekumpulan pelajar (tak tau la U mana) datang dekat dengan tempat kitaorang. Jumlah diaorang teramat la ramai. Yang kami geram sengat tu jumlah lelaki ramai giler. Sebenarnya kami dah plan nak solat zohor dekat situ je. Nak turun bawah jauh sangat. Habis rosak rancangan. Nak ambil wuduk susah la. Dah la depa pandang-pandang kami. Nak suruh kami blah dari situ la. Tapi jangan harap. Walaupun kami berenam and depa ramai jangan ingat kami takut. Yang bertambah geram tengah kami dok sedap-sedap makan kek boleh pulak.....mamat tu hisap rokok menghala ke kami. Terbantut nak makan sebab bau rokok yang amat kuat. Tolong hormat sikit dekat kami yang dah lama bertapak dekat sini. Nampak sangat kot diaorang nak menghalau. Pelik juga depa ni tak solat Jumaat ke???????Lepas tu kami pon kemas-kemas. Diaorang psyco kami, kami psyco balek. Kemas, cuci perkakas konon nak balik padahal kami nak kemas je pon. So, meja tu bersih sikit nak letak makanan hehehe.... Simaa, Zu dengan Najlaa kemas sementara Ida, Ain dengan Snow White pergi toilet + ambil wuduk sekali. Masa kami bertiga nak naik balik bertembung pulak dengan budak U tadi. Saja jer budak ponpuan tu tak bagi kami lalu padahal dah nampak kami nak naik atas bagi la laluan sikit. Apalagi Snow White pon balas balik. Ada nampak mamat tu nak turun ( geng bebudak U tadi) Snow White dengan Ain selamba je...tak nak mengalah hehe... Lepas semua dah siap solat, kami pun terjun dalam air. (Budak U td semua dah balik. Lega....). Best....sejuk. Sbelum tu kami da kemas makanan dengan beg letak dekat dengan kitaorang main air. Ye la, monyet asyik usha.....je dari tadi. Nak cakap lama tak juga la. Ada la dalam sejam duduk dalam air tapi cukup untuk buat kaki Snow White kebas. Mula-mula rancang nak rendam kaki je. Bila dah masuk tu....dia....sampai paras pinggang basah. Belum lagi terkena serangan air dari Simaa dengan Zu. Ada sekali dyeorang rancang nak rendam Zu dalam air. Mula-mula Snow White blur apa yang diaorang bisik-bisik ni. Ooo.....baru tau. Lepas tu Ain tarik kaki Zu habis Zu terendam dalam air. Kitaorang yang lain join sekali. Bak kata orang pelakon tambahan. Lepas tu Zu nak balas balik, Snow White yang jadi mangsa. Habis basah satu badan. Nasib bawak baju lebih.....tak ada la geram sangat. Lepas tu duduk atas batu kejap nak keringkan sikit baju sebelum tukar baju. Lepas tu...........

bersambung......

p/s: sorry, gambar tak boleh nak rotate.

 




Friday, March 29, 2013

Shopping di Econsave

Posted by snow white at 12:07 AM 0 comments Links to this post
Wah....setelah sekian lama akhirnya laptop ni ok juga. Alhamdulillah...Ari ni Snow White ngan kawan-kawan pergi shopping. Shopping apa? Apa lagi shopping barang-barang nak pergi holiday la....dekat mana? Ha, itu kene tunggu entry yang seterusnya la. Tak seronok la cerita awal. Entry ni Snow White nak cerita jer gelagat kitaorang membeli belah tadi. Orang ada lima je tp shopping...mak aih mengalahkan orang dah berkeluarga tapi memang best la dapat keluar sama-sama. rasanya kali terakhir masa puasa tahun lepas. Buat BBQ kat Kajai. Alamak..ada dak Kajai baca tak. Kantoi..masak dekat kolej. Tapi kitaorang tak guna elektrik ye. Guna arang jer... :P.

Gambar apa ni?

Gambar apa ni ek? Kalau korang nak tau, dalam plastik tu ada ikan keli. Tak percaya??? Snow White bagi tau lagi satu rahsia yg memang korang susah nak percaya. Ikan keli ni hidup lagi tau. Tadi kawan Snow White baru je gi jala ikan keli dekat aquarium econsave. Hasil penangkapan agak memberangsangkan. Ada la dapat dalam 6 ekor camtu. Kesian kawan Snow White tangkap sorang-sorang. Ada la sorang assistant. Maaf la ye...kami yang lain takut nak pegang ikan hidup. Lebih kurang 1jam lebih siap akhirnya beli barang...


Maaf la ye... tak sempat nak edit gambar.

Penuh...satu bonet. Hebat tak kitaorang. Tugas Snow White masak spegetti. Tadi dah potong kecil ayam tinggal masak je esok pagi. Snow White rendam juga dalam air batu. Harap-harap tahan sampai esok pagi. Maklumla...tak ada peti sejuk. Nak buat camne kan. Tak sabar.....nye......nak tungu esok. Ok la. Mata pun da ngantok. Snow White nak tidur dulu kang tak pasal bangun lambat habis rosak plan.

NANTIKAN SAMBUNGANNYA.......^_^


Monday, March 4, 2013

1 CITIZEN

Posted by snow white at 9:09 AM 0 comments

Ok tajuk entry kali ni 1citizen. Sapa tau 1citizen tu apa. 1citizen? Pe benda tu? Program 1 Malaysia ke? Ha...kalau kauorang nak tahu, 1citizen ni program untuk pelajar IPT mengasah bakat mereka (ni yang Snow White faham la) Program ni dah diluluskan oleh Kementerian Pelajaran Tinggi tau. Ada beberapa kategori yang boleh kita masuk. Hadiah lumayan tau.....tambah dengan sijil yang diiktiraf lagi perghhh....mantap. Boleh jadi bonus mark masa nak cari kerja sok. Eh, dah melalut pula. Kategori adalah seperti video animasi, kreative writing, poster dan banyak lagi. Tak ingat pula yang lain. Kalau nak tahu boleh la layari laman web 1citizen. Ok program ni macam ni. Kita daftar dulu untuk masuk under IPT masing-masing. Lepas tu kita pergi kelas 2 hari sabtu ahad. Dalam kelas ni kita akan belajar 8 module ( e-access, e-literate, e-rule, e-safety, e-interaction & collaboration, e-enterprise, e-care dan e-accauntability). Lepas habis 8 modul ni kita akan jawab exam. Ha..ada exam ke!!!!!!!! Jangan terkejut. Bukan exam macam nak final tu. Just nak tau sejauh mana kefahaman kita dalam 8 modul tadi. Ade 45 soalan dalam masa 55minit. Kalau kita dapat 640/1000, kita dah layak dapat sijil dan boleh ke peringkat seterusnya. Alhamdulillah, setelah exam yang mendebarkan semalam Snow White dan kawan-kawan berjaya. Hehehe.....senangnya dalam hati, dapat tambah sijil lagi...menyanyi la pula..isy5x. Lepas lulus exam, hantar proposal dalam 2 minggu then dapat satu lagi sijil. Menang kalah tu adat pertandingan tapi kalau menang lagi happy. Senang tak 1citizen ni? Dah la tak ada yuran penyertaan, dapat 1 kredit dalam ko-k, dapat 3 sijil lagi tu yang diiktiraf. Lepas tu kalau menang dapat duit lagi. Berbaloi kan? 1 pertandingan dapat 3 sijil. Tak payah susah-susah nak buat buat program tok dapat sijil dengan jam kredit. Dengan kertas kerja, cari dana la bagai. Tapi untuk sesiapa yang tak lepas exam tu jangan sedih. Korang tetap akan dapat sijil untuk kehadiran. So, apa lagi jom beramai-ramai daftar 1citizen. Sebenarnya nak post gambar sijil tu tapi tak leh pula. Ntah pe kena dengan netbook ni. Tak boleh nak download.

 ^_^. Peace....

Thursday, February 28, 2013

Pertandingan Animasi 2D

Posted by snow white at 7:39 PM 0 comments
Alhamdulillah....selesai sudah minggu Mesra Pelajar FTSM 2013. Dalam minggu mesra ftsm, Snow White dan 2 orang lagi kawan bercadang untuk memasuki pertandingan animasi 2D. Pandai ke guna flash? Tentulah tak. Setakat nak lukis watak je boleh la. Tapi tak pe at least kitaorang cuba tapi Snow White memang tak animated langsung la. Just lukis je. Kawan yang wat gerak-gerak. Mula-mula tak nak masuk lepas 2 lagi 3 hari nak bertanding kitaorang pun bercadang nak masuk. Takut giler seh. Ramai juga la penyertaan bukan sahaja dari UKM tapi universiti yang lain macam UNISZA dan UPM. Penat sangat sebab tak pernah buat animasi dalam masa sehari. Masa hari pembentangan Snow White sedih sangat sebab kumpulan Snow White dapat komen yang negatif. Tak ada yang positif tapi tu bukan masalah utamanya sebab kitaorang sendiri tahu kemampuan diri masing-masing. Yang buat Snow White sakit hati sangat sampai menangis ( tak adalah nangis depan2) bila judge tu kate tak ada effort langsung. Memang sedih. Kalau diaorang kutuk pon kutuk la janji jangan cakap yang kitaorang tak ada effort langsung. Snow White terpaksa bersengkang mata nak siapkan karakter sebelum hari pertandingan. Kawan Snow White pulak dah bertungkus lumus nak edir suara, buat animasi boleh dia kata kitaorang tak ada effort. Memang tak patut!!!!!! Bagi diaorang yang dah banyak pengalaman dan dah ada syarikat sendiri boleh la kata macam tu. Cuba diaorang berada dekat tempat kitaorang yang tak tahu sangat nak buat flash lepas tu kena buat dalam masa sehari. Apa perasaan diaorang bila kena komen macam tu. SAKIT HATI kn?????? At least cakap la "walaupun animasi tak berapa baik tapi cubaan yang bagus" tak ada la orang sakit hati sangat. Cakap panjang-panjang pun tak guna and congrates kepada kawan kitaorang yang dapat no3. Wakil UKM.

  

Saturday, February 2, 2013

Manga Character

Posted by snow white at 7:15 PM 0 comments
Sedar tak sedar dah seminggu Snow White bercuti. Maknanya lagi 2 minggu la sebelum memulakan sei kuliah untuk semester yang baru. Petang tadi lepas siap solat Zohor, buka TV tapi tak ada cerita yang menarik. Tengok juga la Lagend of Taiwan. Then, tak tau nak buat apa. Broadband adik tengah guna. Ni baru dapat guna. Tengah-tengah bosan disamping cuaca yang panas terik, Snow White pun carila kertas kosong dan peralatan melukis. Da lama tak praktis melukis....hehe. Nak cakap Snow White pandai sangat melukis tu tak ada la. Just suka-suka je. Dalam banyak-banyak lukisan Snow White palng lemah sekali luks gambar orang. Snow White teringin sangat nak lukis macam dalam komik manga tu. Memandangkan hari ni last broadband ni hidup (sebab guna jenis tup-up) Snow White nak post hasil lukisan yang tak berapa nak lawa sangat ni but I'm proud of myself.

Watak dalam manga Maid in Love

Apa pendapat pembaca sekalian? Ok tak. Nampak macam ok tapi sebenarnya langsung tak sama macam dalam manga. Tak tau nak ubah macam mana lagi. Gambar tu still nampak macam orang jahat tapi watak sebenarnya baik. Dalam manga tu pandangan mata dia nampak redup dan lembut tapi yang Snow White lukis ni jahat semacam je. Pandangan mata dia pula macam tersirat seribu satu rencana. Tapi suka hati pembaca la nak judge lukisan ni macam mana as long as lukisan ni bagi Snow White memadai dengan kemampuan Snow White sendiri. ^_^.
 

Sunday, January 27, 2013

Last Day Internship

Posted by snow white at 9:01 PM 0 comments
Actually, Snow White nak post benda ni 4 hari yang lepas tapi tak berkesempatan pula. Hari ni baru ada masa. 4 hari yang lalu iaitu hari Rabu merupakan last day Snow White internship di Syarikat Yeayyy Sdn. Bhd. Macam tak sangka pula. Sekejap je. Sepatutnya, hari Jumaat baru habis tapi Snow White minta cuti memandangkan hari khamis cuti maulidur rasul. Alhamdulillah dapat. Kalau tak mesti balik hari Sabtu dan terpaksa lah bersesak dekat dalam train. Maklumla, Ahad kan Thaipussam. Tiba-tiba rasa sedih pula nak meninggalkan alam pekerjaan sederas air hujan yang turun membasahi diri waktu nak balik. Last day naik teksi x pe la. Simaa tak de. Dah dekat Indon. Sebelum Snow White meninggalkan Yeayyy Sdn Bhd, Snow White ada bagi sedikit cenderamata untuk En.Hazmin, Kamil, Hedy dan lain-lain.

Simple tapi Bermakna...

Yang kotak and hamper kecil tu untuk En. Hazmin selaku bos syarikat dan penyelia untuk praktikal ni. Yang lain tu untuk staf-staf yang ada.Walaupun nampak simple tapi percayalah Snow White ambil masa hampir 4 jam pusing-pusing pekan Kajang nak cari hadiah. Selama ni mana pernah bagi hadiah untuk lelaki so tak tau nak kasi apa. Salah satu hadiah yang Snow White buat ialah tanda nama. Tau tak tanda nama yang lilit guna benamg tu...kalau tak tau boleh tanya pak cik google. Diaorang nampaknya berminat dengan tanda nama tu. Terkejut juga ingatkan lelaki tak minat benda2 macam ni. Sem depan bermulalah kembali sesi kuliah yang dah 6 bulan Snow White tinggalkan. Ada juga terbaca dekat Facebook kawan-kawan komen " aku dah lupa cara nak belajar". Sampai macam tu sekali. :). Ok lah. Sampai sini je celoteh Snow White. Ada orang dah tak sabar nak guna PC ni....Bye. Kita jumpa di lain entry.
 

Monday, January 14, 2013

Adakah Aku yang Bersalah?

Posted by snow white at 4:19 PM 1 comments
Cerpen pendek


Aku melangkah ke dalam bilik lantas berbaring di atas katil menghilangkan penat lelah selepas berjalan hampir 500 meter dari perhentian bas. Tambahan pula bilik aku di atas bukit. Siapa sangka kini aku sudah bergelar pelajar U di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tiba-tiba aku terkenang kembali peristiwa lalu iaitu ketika aku masih bersekolah di tingkatan 5. Walaupun telah 5 tahun berlalu namun peristiwa tersebut masih segar diingatanku.
************************************************************
Musim persekolahan sudah bermula. Kelihatan ibu bapa sedang sibuk menguruskan pendaftaran anak-anak mereka. Tiap-tiap tahun pelbagai ragam yang dapat dilihat. Itu belum termasuk lagi dengan pelajar Tingkatan 1 yang baru hendak belajar berpisah dengan ibu bapa. Selepas selesai urusan pendaftaran, aku segera ke dorm untuk memilih katil dan almari. Siapa cepat dia dapat. Tahun ini merupakan penentu hala tuju aku. Tidak aku sangka sekejap saja masa berlalu. Sedar tak sedar aku sudahpun masuk Tingkatan 5. SPM.....SPM....Ops, lupa pula nak perkenalkan diri. Nama aku Siti Suhaila binti Abdul Manaf. Kawan-kawan panggil aku Su. Aku segera mengemaskan pakaian dan barang-barang keperluan. Tak sabar nak pergi prep malam nanti nak jumpa kawan-kawan Pae dan Hamiza binti Shuib atau nama pendeknya Miza.
Usai solat maghrib berjemaah semua pelajar berpusu-pusu ke kelas prep. Tidak lupa untuk membawa kain buruk. Sudah sebulan lebih bercuti tentu sahaja kerusi meja semuanya berhabuk. Aku sampai ke kelas dengan termengah-mengah. Tingkat tiga la katakan....penat tu. Sampai dikelas aku terus mencari Pae dan Miza. " Su, sini. Kitaorang dah cop tempat kau." jerit Pae atau nama sebenarnya Nur Raffeah binti Ghani. "Apasal kau pilih betul-betul depan lelaki?" aku jelas menunjukkan ketidakselesaan.
"Dah tak ada tempat. Semua dah penuh." jawab Pae sambil tersenyum-senyum. Macam ada benda yang disorokkan dari aku.
"Kau jangan percaya Su. Si Pae ni nak duduk depan abang tersayang dia," balas Miza yang baru masuk dengan membawa kain basah untuk mengelap meja dan kerusi. Pae pula hanya menjeling geram. Tambahan pula buah hati pengarang jantung dia, Adli berada disitu. Aku hanya menggelengkan kepala melihat telatah kawan-kawan aku. Mereka lah yang telah menceriakan hari-hari aku diasrama. Tiba- tiba aku ternampak Razif duduk di belakang aku. "Alamak..jejaka idaman malaya duduk belakang aku la. Macam mana aku boleh lupa. Diakan BFF si Adli tu. Hai...jangan nanti timbul gosip sudah la. Macam la aku tak kenal perangai kawan-kawan aku ni." aku hanya bermonolog didalam hati.
" Ha..Su, jejaka idaman malaya dekat belakang tu. Senang la kau tackle. Dah la hansem, anak Dato' lagi," mula lah tu Miza nak sakat aku.
" Aku datang sini nak belajar ok." jawabku pula.
" Apa salahnya Su. Kau pun single lagi. Nanti dekat U tak payah nak susah-susah cari," tambah Miza lagi.
"Malas la aku nak berebut dengan peminat-peminat dia tu. Lagipun aku kan cantik juga. Petik sekali sepuluh yang datang," perasan la pula aku ni.
" Ceh...perasan tak sudah kau ni," aku ketawa terkekek-kekek melihat reaksi Miza.
*********************************************************************************
Aku hampir tersengguk mendengar Cikgu Mahmud mengajar di depan. Subjek Sejarah ni memang la aku lemah. Bukan lemah dalam periksa ya...lemah nak tahan mata ni dari tertutup. Dalam hati bukan main lagi aku berharap agar kelas segera tamat. Baru minggu pertama dah luntur semangat.
" Ok, kelas. Kamu dah lantik ke belum ketua dengan penolong?" tanya Cikgu Mahmud selaku guru kelas Tingkatan 5 Alpha. Kelas aku la tu...
"Belum, cikgu ...," jawab kami serentak.
"Kenapa tak pilih lagi. Kamu ni macam budak-budak pula. Padahal dah super senior. Kelas lain semua dah pilih."
" Apa kata cikgu pilih. Kami terima je. Kecil tapak tangan satu kelas kami tadahkan. Hehe..," kata Haiqal. Pelajar paling nakal dalam kelas tapi result gempak. Jangan main-main..
"Baiklah. Macam ni cikgu baling duster ni ke belakang. Siapa kena dia jadi ketua. No excuses. Faham?"
"Faham, cikgu." Apabila Cikgu Mahmud pandang ke depan sahaja, masing-masing terus tunduk mengelak. Semua tak nak jadi ketua.
1,2,3...Aduh! Rupa-rupanya terkena kepala Razif. Cikgu Mahmud memberi masa sehingga lusa kepada Razif untuk mencari calon penolong ketua. Mula lah Razif interview budak-budak perempuan. Tak kurang juga yang tergedik-gedik bila Razif bertanya soalan. Jejaka malaya la katakan....
......................................................................................................................................................
Cikgu Mahmud melangkah masuk ke kelas. Masing -masing dah berdebar especially girls. Siapa yang 'bertuah' dapat jadi penolong ketua kelas. Siapa yang nak kalau nanti sibuk dengan meeting la, ambil kehadiran la dan macam-macam lagi dengan nak SPM lagi tahun ni. Memang tak sanggup.
" Seperti yang dah dijanjikan...," tu...dia mukaddimah dah mula.
"Razif, kamu dah jumpa penolong kamu?"tanya Cikgu Mahmud.
" Masih fikir lagi cikgu. Tak tahu nak pilih siapa," jawab Razif.
" Saya suruh kamu cari penolong kamu je. Bukan cari calon bini. Itu pun susah ke?" riuh satu kelas dengan gurauan Cikgu Mahmud itu. Razif pula sudah merah muka menahan malu.
" Baiklah Razif, meh ke depan. Cepat, cikgu bukan nak buat apapun. Ha, kamu perhatikan satu-satu budak perempuan. Lepas tu kamu pergi dekat depan dia kalu kamu nak dia jadi penolong kamu. Yang perempuan, sila tutup mata. "
Dalam aku tutup mata terfikir. Siapa agaknya yang akan jadi penolong ketua kelas. Tidak lama selepas itu, aku terdengar Cikgu Mahmud memberi arahan untuk membuka mata. Perrgghh...terkejut betul aku. Buka mata saja, nampak Razif. Sah memang aku lah yang kena jadi penolong. Riuh satu kelas.
"Isy...tak nak. I tak rela. I tak rela." Namun semua itu hanya mampu terluah di dalam hati. Tamat sahaja kelas Sejarah, aku terus berpaling ke belakang. Nasib baik Razif duduk dekat belakng aku. Tak payah susah-susah nak bangun.
" Wei, apasal kau pilih aku. Aku kan dah cakap semalam aku tak nak. Penat la jadi penolong ni." sejujurnya memang aku tak nak jadi. Cukuplah tahun lepas. Seksa kot...
"Ala...aku tengok muka kau je yang boleh diharap. Lagi pun aku cikgu suruh cepat." balas Razif.
" Masalahnya sekarang...ada lagi 3 orang bekas penolong dalam kelas ni. Kenapa kau tak pilih salah seorang dari diaorang?" kataku lagi.
" Masalahnya sekarang....kau dulu pun penolong juga kan? So, tak salah aku pilih kau. Lagipun cikgu dah setuju. Kita tak boleh buat apa pe," kata Razif sambil tersenyum-senyum. Aku tak jadi nak bangkang memandangkan Cikgu Latifah sudah masuk ke kelas.
Dalam hati memang aku kutuk Razif habis-habisan." Orang cakap asyik nak dia je yang menang. Dah tu senyum-senyum. Tau la dia tu suka senyum. Ingat aku terpikat ke. Tolong sikit"
...............................................................................................................................................
Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Aku menjalani kehidupan seperti biasa. Namun sejak akhir - akhir ni aku sering mendapat surat dari seseorang yang aku tidak kenali. Surat tersebut mengandungi kata-kata tomahan dan ugutan. Pertama kali aku mengalami kejadian seperti ini. Macam dalam drama pula. Tapi kenapa aku? Aku ada menyinggung perasaan siapa-siapa ke? Apa yang pasti surat itu ditulis oleh orang dalam sendiri memandangkan sekolah berasrama penuh susah untuk orang luar sesuka hati keluar masuk tanpa kebenaran. Mula-mula aku buat tak endah sahaja tetapi makin lama makin menjadi-jadi pula. Seram aku dibuatnya.
" Su, kenapa aku tengok kau muram je. Tak ceria macam dulu." tanya Pae.
" Tak ada apa. Tension nak trial tak lama lagi," aku cuba berdalih.
" Aku tahu mesti ada yang tak kena. Kitaorang kenal kau bukan baru sehari dua. Dah 5 tahun. Dulu masa PMR kau tak macam ni. Cerita lah, setidak-tidaknya kurang sikit beban dihati kau tu" kata Miza pula.
" Ye la Su, kami ni kawan kau. Kami akan cuba tolong kau mana yang termampu." tambah Pae pula.
Malam itu, aku menceritakan segala-galanya kepada Pae dan Miza tentang surat ugutan yang selalu aku terima. Aku juga menunjukkan semua surat yang aku terima. Mereka juga kelihatan terkejut dengan kejadian yang menimpa aku. Kami terdiam sejenak sambil memikirkan cara untuk menangani masalah ini. Miza pula berkali-kali membelek dan membaca surat ugutan bagai tidak percaya situasi seperti ini dapat dilihat di depan mata sendiri.
" KAU INGAT KAU TU LAWA SANGAT? KAU TUNGGULAH!!!! "
" AMBOI, MATCHING NAMPAK BAJU KORANG MALAM NI. PANDAI KORANG RANCANG. MAKIN MENJADI-JADI PULA KAU NI. JANGAN INGAT AKU MAIN-MAIN SELAMA INI. KAU TUNGGULAH BALASAN KAU NANTI."
" BERANILAH KAU TIDUR MALAM NI. AKU TOREH.....MUKA KAU HABIS-HABISAN. HAHAHA...."
" Ya Allah...Su. Kenapa kau tak cerita dekat kami awal-awal lagi. Aku rasa baik kita bagitahu cikgu hal ni sebelum bertambah teruk lagi," cadang Pae
" Mula-mula aku ingat ada orang nak mainkan aku. Aku buat tak tahu la. Tapi bila dia ugut nak toreh muka aku terus aku tak boleh tidur. Aku tak tahu nak buat apa. Aku buntu."
" Budak dorm kau tahu tak?" soal Miza pula. Aku menggelengkan kepala.
" Kau bagi tahu lah diaorang. Setidak-tidaknya diaorang boleh tengok-tengokkan kau. Macam ni lah. Kau tak payah tidur dekat dorm buat masa sekarang. kau datang je dorm aku ke Pae ke. Ok tak?," kata Miza lagi.
" Aku tak nak susahkan kau orang berdua,"
" Apa pula susah. Kitakan kawan. Kena tolong-menolong. Wei, bila kau dapat surat-surat ni?" tanya Pae sambil memikirkan siapa yang boleh disyaki dalang disebalik surat-surat tersebut.
" Aku balik dorm je ade bawah bantal aku. Hari dan waktu yang sama pula tu." aku juga pelik bila masa pula dia meletakkan surat tu sebab tepat pukul 7 malam semua penghuni asrama wajib ke masjid dan solat berjemaah kecuali yang uzur perlu berkumpul di bilik TV untuk membaca mathurat.
" Waktu prep da habis ni. Esok kita sambung lagi bincang. Nanti lepas baca al-mulk datang la bilik kitaorang. Jangan lupa bagi tau budak dorm kau. Lower form kau tak payah bagi tahu. Nanti takut pula. Kau bagi tau form 4 dengan form 5 pun dah ok." terang Miza panjang lebar.
*********************************************************
2 hari telah berlalu namun aku masih tidak tahu orang yang menulis surat untuk aku. Setelah berbincang, klu yang aku perolehi setakat ni ialah perempuan dan Form 5 kerana si dia tau rutin seharian hidup aku dan aku dapat surat tu bawah bantal. Sah la perempuan cuma aku tidak tahu kelas aku ke atau kelas lain.
" Wei, Su aku ada berita terbaru," kata Pae. Aku dan Miza segera mendekati Pae. Gaya macam suspen je.
" Apa dia Pae. Aku tak sabar nak dengar," gesa Miza pula.
" Semalam aku borak dengan Adli dekat bilik KRS. Lepas 2 dia bagi tau Razif dapat surat cinta. Dia syak kau yang kasi."
" Bila masa pula aku tulis surat cinta? Nyawa aku sendiri terancam. Lagi satu aku mana ada perasaan dekat Razif tu," aku berkata dengan nada tidak puas hati. Suka hati je nak tuduh aku.
"Kitaorang tau. Yang jadi masalahnya, Razif dapat surat tu sama hari dengan kau dapat surat. Tak pelik ke?" sambung Pae lagi.
" Entah-entah orang yang sama. Dia jealous kot." kata Miza pula.
" Haah kot. Tapi, aku mana ada rapat sangat dengan Razif. Aku cakap pun kalau ada hal je. Pae, kau bagi tau Adli ke pasal aku?"
" Tak la. Aku senyap je. Nanti kecoh pula. Aku rasa baik kita bagi tau Cikgu Mahmud. Mana tau dia boloeh tolong," cadang Pae.
" Korang teman aku ye. Prep petang nanti kita jumpa Cikgu Mahmud. Aku pun dah tak tahan. Jangan meroyan pulak aku dah la," sempat lagi aku melawak tengah-tengah waktu genting ni.
***************************************************************************
Aku menceritakan segalanya kepada Cikgu Mahmud dan beliau berjanji akan cuba sedaya- upaya  untuk membantu aku. Sebagai langkah awal, Cikgu Mahmud memerhatikan setiap gerak geri pelajar yang mencurigakan terutamanya pelajar kelas aku. Cikgu Mahmud juga memanggil aku dan Razif untuk menceritakan perihal masing-masing.
Razif juga terkejut apabila mengetahui masalah aku kerana menyangka aku yang menulis surat kepada dia tetapi sebaliknya aku mendapat surat ugutan. Kami menunjukkan surat masing - masing. Kami cuba meneliti persamaan yang ada. Ternyata surat tersebut ditulis oleh orang yang sama kerana tulisan dan saiz kertas yang digunakan sama. Hanya warna tulisan sahaja yang berbeza. Surat Razif ditulis dengan maker hitam manakala surat aku ditulis dengan maker merah.
Setelah seminggu lebih aku memerhatikan tingkah laku orang disekeliling, aku mula berasa syak terhadap seseorang iaitu Syafinaz . Orang yang satu kelas dan satu dorm dengan aku. Aku bukan suka-suka nak syak Finaz tapi aku perhatikan dia seolah - olah mengelak apabila aku bercerita perihal surat yang aku dapat. Aku harus mendapatkan bukti. Aku segera memberitahu adik dorm aku yang paling rapat iaitu Syakila dan Nadia.
" Korang, orang rasa Finaz orang yang selama ni hantar surat ugutan tu,"
" Tapi Kila rasa, kak Finaz tu ok je. Tak nampak macam psycho pun." kata Syakila yang ragu-ragu dengan kata-kata aku.
" Kita tak tu juga. Luaran dia memang baik tapi dalaman dia macam mana. Entah-entah macam Dr.Jekyll and Mr,Hyde," balas Nadia pula.
" Tapi orang rasa memang Finaz. Kalau tak macam mana orang yang tulis surat tu tau orang pakai baju apa, rutin harian orang apa. Mesti orang tu satu dorm, satu kelas sebab Razif pun dapat surat. Lagipun dalam dorm ni ada 3 orang je Form 5. Finaz je yang sekelas dengan orang," hujah aku pula.
" Ye la Kak Su. Baru Nadia ingat. Hari tu, Nadia stay up dekat bilik bacaan nak siapkan baju Kak Su untuk malam Srikandi. Tiba-tiba kak Finaz tanya kenapa pilih kak Su. Lepas tu Nadia cakap la senang nak jahit baju sebab tinggi dengan saiz kita kan sama. Kak Finaz diam je tapi muka macam tak puas hati je," kata-kata Nadia menguatkan lagi syak aku terhadap Syafinaz.
" Macam ni kak Su, kitaorang kan period. Malam ni kitaorang skip mathurat lepas tu perhati siapa yang masuk dorm. Hari ni hari yang selalu kak Su dapat surat kan?" cadang Syakila pula.
" Tak bahaya ke? Nanti kantoi macam mana?"
" Insyaalla, tak ada apape kan Nadia. Nanti pandai la kami sorok," jelas Syakila lagi.
" Hmm...ok la macam tu. Korang hati-hati tau,"
Sepanjang prep malam aku berdebar-debar menunggu hasil penyiasatan adik dorm aku. Aku juga telah memberitahu rancangan tersebut kepada Pae dan Miza. Kalau betul sangkaan aku memang Finaz boleh dapat gelaran pelakon terhebat. Depan kawan-kawan berlagak baik tapi belakang...macam ni dia buat dekat aku.
Sejurus selepas habis prep malam aku terus bertanya adik dorm aku. Ternyata memang betul Finaz yang meletakkan surat ugutan itu. Pada mulanya adik dorm aku berasa was-was tetapi setelah melihat surat ugutan yang baru aku terima, kami yakin bahawa Finaz dalang sebenarnya.
" Macam mana Finaz boleh letak dekat katil orang?" aku ingin mengetahui dengan lebih lanjut jenayah yang dilakukan oleh Finaz.
" Kitaorang menyorok dekat bilik bacaan. Lama juga dengan berdebar lagi. Tiba-tiba terdengar bunyi barang jatuh. Kitaoramg pun apa lagi intai la. Lepas tu nampak kak Finaz lalu. Ingatkan dia nak ambil barang tertinggal tapi lepas tu dia patah balik dengan tangan kosong. Rasanya memang betul la dia punya kerja," cerita Syakila panjang lebar.
" Patut la dia letak surat tu hari Isnin dengan Khamis je. Rupanya dia curi masuk masa budak lepas buka puasa. Konon masuk nak ambil wudhu' tapi lain pula dibuatnya," tambah Nadia pula.
Keesokan harinya, aku dan Pae memberitahu Cikgu Mahmud dan beliau berjanji akan berbincang dengan warden untuk membuka loker Syafinaz untuk mencari bukti.
***********************************************************************
Malam itu, apabila semua pelajar telah pergi prep malam kami memulakan operasi. Kami bertiga bersama Cikgu Mahmud dan Ustazah Fadhzilah selaku ketua warden asrama perempuan membuka loker Syafinaz dengan kunci pendua. Alangkah terkejutnya kami apabila mendapati terdapat pisau, cutter dan beberapa peralatan tajam tersusun rapi di dalam loker. Selain itu, terdapat juga beberapa helai kertas A4 yang telah dibelah empat berselerakan bersama marker hitam dan merah. Aku terbayang mungkin selama ini dia tersenyum lebar apabila melihat kami berkumpul membincangkan isu surat ugutan sedangkan dia lah yang menghantarnya.
Cikgu Mahmud dan Ustazah Fadhzilah juga tidak menyangka Syafinaz sanggup bertindak sebegini hanya kerana seorang lelaki sedangkan aku dan Razif langsung tidak ada hubungan. Betullah apa yang pernah aku baca di internet. Kerana cinta manusia itu buta dan kerana cinta juga manusia hilang pertimbangan diri sehingga boleh bertindak di luar kawalan.
Bagi membuktikan bahawa Syafinaz bersalah, Cikgu Mahmud telah membuat tanda dengan kuku pada setiap helaian A4 tadi. Pada minggu hadapannya iaitu hari Isnin, aku mendapat surat ugutan dan terdapat tanda yang telah dibuat oleh Cikgu Mahmud. Aku dan Razif menunjukkan surat yang kami dapat kepada Cikgu Mahmud. Seterusnya dalam minggu itu juga Cikgu Mahmud merombak kembali tempat duduk kelas untuk menjarakkan kedudukan aku dan Razif. Walaupun aku masih lagi penolong ketua kelas tetapi semua tugas aku akan diambil alih oleh Adli.
Lama-kelamaan, aku sudah tidak dapat surat ugutan tersebut. Mungkin dia merasakan aku sudah tidak menjadi penghalang untuk dia mendapatkan Razif. Namun begitu, Razif tetap mendapat surat cinta. Walaupun semua pelajar tingkatan 5 sudah mengetahui hal tersebut kecuali Syafinaz and the geng tapi masing-masing memilih untuk mendiamkan diri. Takut pula jadi mangsa yang seterusnya. Aku juga tidak pernah berjalan atau pergi ke mana-mana seorang diri sehingga tamat SPM. Aku berterima kasih kepada semua sahabat yang sudi berada disamping aku sewaktu senang dan susah. Pengalaman ini tidak mungkin aku lupakan seumur hidupku.
Aku tersedar apabila terdengar bunyi pintu dibuka. Rupa-rupanya roomateku baru pulang dari kuliah. Astaghfirullahalazim..sudah pukul 6 petang rupanya. Lama benar aku mengelamun. Aku segera mencapai tuala untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat Asar.

p/s: cerita ini merupakan rekaan semata-mata. 

# Sila berikan pendapat/komen anda tentang cerpen ini.






 

Tuesday, January 8, 2013

Menu untuk Tengah Hari

Posted by snow white at 4:38 PM 0 comments

          Tiap-tiap hari sepanjang Snow White internship ni mesti dilanda masalah nak makan di mana. Padahal banyak je kedai makan sekitar Kompleks Diamond ini. Restoran Cili padi, Restoran Ayam Kampung Kita, kedai mamak, KFC, Rasa Mas, McD dan banyak lagi la. Tak tersenarai rasanya. Tapi....pelikkan? Hari-hari tak tau nak makan apa. Inilah manusia. Masa dekat fakulti dulu tak ada pulak pening macam ni. Maybe tempat makan terhad. Lepas tu selalu teringin nak makan dekat luar. Ni dah dekat luar, sampai tak tahu pulak nak makan apa. Dah terlalu banyak pilihan. So, apa manu kita hari ni ek? Cer teka. Cer teka. Apa lagi KFC la. Menu mana? Of course la Snack Plate. Agak tertipu la coz ingat de potongan 25% ari selasa. Memandangkan ari ni ari selasa nak beli la. Ditambah lagi dengan potongan kad siswa......sekali tengok harga sama je. Lepas diskaun kad siswa, jadilah RM9.55. Persoalannya...dimana 25% off tu? Adakah sekadar hiasan di board je? Lepas tu kan Snow White jumpa satu penemuan menarik. Kaunter sebelah Snow White berbaris tu ada sorang foreigner. Bila dia nak order terus cashier tu tukar orang. takut nak speaking. tapi itu bukan cerita utama kita dekat sini. Penemuan yang Snow White maksudkan tu muka dia serius sebiji macam pak cik KFC. Ala yang ada gambar dia dekat cawan tu. Rugi pulak tak snap gambar tadi. Kalau tak boleh post dekat sini. Kitaorang terus gelak-gelak. Tak sangka dapat jumpa pengasas KFC. Ce...wah pengasas la sangat. Nak tau tak ada kisah lain disebalik cerita KFC ni. Mula-mula Snow White dengan kawan rancang nak makan dekat Rasa Mas. Dah lama tak makan kat sana. Sekali dapat menu, rupanya dah tak ada offer yang RM4.50 tu. Kitaorang pun apa lagi. Bla dari situ dengan selambanya. Hehehe....malu kot. Serius lepas ni tak nak pergi lagi Rasa Mas dekat Warta Bangi dalam waktu yang terdekat ni. Patut la kosong je. Masa ada offer tu, ramai juga yang datang. Hehehe.....

 

Sunday, January 6, 2013

Tips Membeli Tiket AirAsia dengan MURAH

Posted by snow white at 10:44 AM 0 comments Links to this post
Sesiapa yang nak melancong dlm atau luar negara dengan harga tiket yang murah boleh la klik link di bawah. Saja je nak share dengan semua.
Tips Membeli Tiket AirAsia dengan MURAH


Thursday, January 3, 2013

The Romantic and Idol

Posted by snow white at 12:13 PM 0 comments


Siapa yang dah tengok program The Romantic and Idol? Rancangan ini merupakan variety show terbaru. Nak cakap baru sangat tak juga. Sekarang dah episod 7. Show ini dibintangi oleh Junsu(2PM), Mir(MBLAQ), Hyunsik(ZeA), JB(JJ Project), Jihyun(4minute), Seung Ah(Rainbow), Hyejeong(AoA) dan Jei(Feistar). Diaorang berlapan ni kene pergi date yang ditentukan oleh nasib. Contohnya pilih tempat yang sama, pilih lagu yang sama dan lain. Bagi Snow White cerita ni sweeeeeettt sangat. Lebih kurang macam We Got Married. Bezanya WGM kena kawin yang ni just pergi dating macam couple. Lagi satu WGM ambil masa yang lama tapi Romantic Idol diaorang kena habiskan masa bersama selama 4 hari 3 malam. Bukan berdua je tapi berlapan. Kira macam pergi holiday dengan member. Nak dijadikan cerita, minggu ni episod 8 dan mungkin episod terakhir sepatutnya dah keluar semalam. Tapi, sampai sekarang tak keluar lagi. Snow White dah tak sabar nak tengok kesudahannya. Siapa pasangan yang akan dipilih untuk hari terakhir mereka di Pulau Jeju. Tolong la cepat sikit. Ada juga Snow White fikir, translator cuti new year lagi ke? Harap - harap by tomorrow dah keluar episod 8. sama-samalah kita nantikan.

Wednesday, January 2, 2013

Tahun Baru 2013

Posted by snow white at 5:04 PM 0 comments

                                                                   
  • Tahun baru menjelma lagi. 
  • Sedar tak sedar dah masuk tahun baru. Sekejap je masa berlalu. Umur pun da meningkat lagi satu. 
  • Azam baru? Hmm....tak de kot. Hehehe :). Tak penting pun azam tahun baru tu. Yang penting kita tahu matlamat yang nak kita capai dalam hidup kita. Kalau tiap-tiap tahun buat azam baru lagi-lagi azam yang sama setiap tahun tapi tak pernah nak capai buat apa kan? 
  • Hari ni juga hari pertama masuk pejabat untuk tahun 2013 setelah cuti seminggu. Terasa lain pula bangun pagi tadi. Ye la dekat rumah lepas Subuh lepak jap dalam bilik. Pukul 7.15 sarapan pagi then basuh pinggan, basuh kain tapi pagi ni bangun pagi je apasal bilik rasa lain je. Baru teringat dah dekat kolej bukan dekat rumah lagi. 
  • 2013 menentukan hala tuju hidup Snow White lepas ni. 
  • 2013 Snow White akan grad lepas tu nak buat pe ek? Kerja? Sambung master? Kawin? Eh tak....kawin lambat lagi. 
  • Terfikir pulak lepas grad nanti nak kerja apa? Dekat mana? Jauh ke tak dari rumah? Kenderaan pun tak de lagi. Memandangkan Snow White ambil bidang multimedia, boleh ke Snow White bawa diri nanti. Sekarang praktikal lain. Dah kerja lain. Bos pun mesti lagi tegas. Dah kerja tetap mana boleh main-main lagi macam praktikal sekarang ni. Siap boleh update blog lagi. 
  • Lagi satu agak-agak kalau kerja gaji dapat berapa? Cukup ke nak bayar duit PTPTN yang melambak? Duit kereta lagi(cadang nak beli kereta), duit sewa rumah lagi, keluarga lagi. Umur ayah pun da nak 60 tahun. Takkan nak tanggung keluarga lagi. Biarlah anaknya pula yang take over. Ye tak? 
  • Kadang-kadang tengok ramai orang buat part time dari rumah dan dapat menjana pendapatan yang lebih. Di hati ni terasa gak nak mencuba tapi boleh percaya ke? 

*Terlalu banyak persoalan difikiran. Moga-moga Allah permudahkan urusan di dunia.


text generator

"---------------------------"
 

:: 안녕하세요 :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review