Translate

Note Mood


Saturday, December 22, 2012

Apa Artinya Cinta

Posted by snow white at 7:44 PM 0 comments
Tiba-tiba engkau ada 
Kemudian engkau hadir
 Laksana kerdil ku memeluk 
Lihat aku lebih dalam 

Di matamu ku melihat 
Ada cinta yg tersirat 
Sirami hati merebak 

Barangkali aku salah 
Ku terdiam bukan bisu 
Tahu engkau besar malu 
Tutupi rasa gelisah

Biar saja waktu nanti 
Yang menikmati kisah ini 
Bersamamu aku senang 

Belum juga kah kau menyadarinya 
Akulah yg pantas untuk kau cintai 
Di bawah langit biru aku bersumpah 
Diriku tanpamu apa artinya cinta 

Arti cinta ini sudah menelan waktuku 
Siang malam hanya untuk pikirkan engkau 
Sejuta kali aku berani bersumpah 
Diriku tanpamu apa artinya cinta


Thursday, December 20, 2012

My Love

Posted by snow white at 5:06 PM 0 comments
Sapa ingat lagu 'My Love' yang pernah dipopularkn oleh kumpulan Westlife suatu ketika dulu? Tiba-tiba Snow White teringat lagu ni bila Snow White ada baca satu novel. Cerita sangat sedih. Snow White terasa sedih bila baca novel ni tambahan pula baca sambil dengar lagu ni. Bertambah feeling. Kat bawah ni Snow White sertakan sekali lirik lagu 'My Love'. Kalau tak ingat lagu ni boleh la cari dekat youtube.


An empty street
An empty house
A hole inside my heart
I’m all alone, the rooms are getting smaller
I wonder how
I wonder why
I wonder where they are
The days we had
The songs we sang together
Oh yeah
And oh my love
I’m holding on forever
Reaching for a love that seems so far
So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue to see you once again
My love
Overseas from coast to coast
To find the place I love the most
Where the fields are green to see you once again
My love
I try to read
I go to work
I’m laughing with my friends
But I can’t stop to keep myself
From thinking
Oh no
I wonder how
I wonder why
I wonder where they are
The days we had, the songs we sang together
Oh yeah
And oh my love
I’m holding on forever
Reaching for the love that seems so far
So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue to see you once again
My love
Overseas from coast to coast
To find the place I love the most
Where the fields are green to see you once again
To hold you in my arms
To promise you my love
To tell you from my heart
You’re all I’m thinking of
Reaching for the love that seems so far
So I say a little prayer
And hope my dreams will take me there
Where the skies are blue to see you once again
My love
Overseas from coast to coast
To find the place I love the most
Where the fields are green to see you once again
My love
Say a little prayer
Dreams will take me there
Where the skies are blue to see you once again
Overseas from coast to coast
To find the place I love the most
Where the fields are green to see you once again
My love
Sorry kalau ada lirik yang salah. Ni pun copy paste dari internet.

Wednesday, December 19, 2012

Big Bad Wolf

Posted by snow white at 9:57 AM 0 comments

Semalam bersamaan 18 Disember 2012, Snow White pergi ke pesta buku Big Bad Wolf yang bertempat di MIECC, Serdang. Snow White pergi dengan 2 orang lagi Simaa dan Zu. Kami sampai awal dalam pukul 8.35. Oleh kerana belum buka lagi, Snow White pun ambil kesempatan bergambar dulu. Tepat pukul 9 pagi, kami serbu masuk dalam dewan. Banyak sangat buku English yang dijual dengan harga yang murah sekitar RM8 senaskhah. Sebenarnya Snow White tak minat sangat baca buku English ni. Tapi dah alang-alang sampai sana Snow White beli juga buku. Tajuknya 'The Mystery of Secret Room', 'The Mystery of the Missing Necklace' dan 'The Sea of Advanture'. Buku-buku ni kategori Young Adult. Nak beli yang tebal-tebal takut tak terbaca pula. Bila tengok buku yang banyak semalam, kalau la tu pesta buku novel melayu yang dijual dengan harga yang murah......mesti heaven! Kalau pergi PWTC memang harga murah tapi bukan separuh harga macam The Big Bad Wolf ni. Walau apa pun, Snow White tetap menantikan pesta buku di PWTC yang akan menjelang tak lama lagi. Lupa nak cerita. Semalam masa Snow White nak bayar, sebenarnya Snow White dah kira harga buku RM20 tapi tiba-tiba cashier kata RM14. Macam pelik pula. Lepas tu bila Snow White tengok resit rupa-rupanya dia tak kira lagi satu buku. Snow White pun terus cakap. Dia pun cek balik dan memang dia yang salah. Then, dia berterima kasih sangat dan dia bagi lagi penanda buku. Snow White dah dapat satu tapi dia bagi lagi tiga. Snow White pun ambil je la. Orang dah kasi. Tak rugi pun. Kat bawah ni beberapa gambar Snow White dekat sana.
Gambar dekat luar berlatar belakang kan padang golf

Ni pintu masuk The Big Bad Wolf

Sempat lagi bergambar dekat kereta Batman

Ni lagi satu kereta. Kalau ikutkan kene bayar RM10 sekeping tapi time ni pameran tak buka lagi. So, memang kami ambil kesempatan bergambar sepuas-puasnya.

Penanda buku yang Snow White dapat.

Dalam dewan. Banyakkan buku yang dijual. Peminat-peminat buku B.I rata-rata bawa beg troli sebab nak beli banyak. Ye lah masa ni la dapat beli dengan murah. Tak sampai RM10. Kalau nak compare dengan harga biasa, senaskhah je da cecah RM30. Belum lagi yang hard cover.


Friday, December 14, 2012

Celoteh Pagi Jumaat

Posted by snow white at 11:45 AM 0 comments

  • Kita suka merenung bulan dilangit. Orang kata bulan itu sangat cantik dan indah. Cahayanya yang menerangi malam nan gelap pasti dapat memikat hati yang melihatnya. Tapi kita tidak sedar adanya bintang disekeliling bulan yang mahukan perhatian daripada sang pencinta. Apabila bulan menghilangkan dirinya barulah kita tercari-cari ke mana hilangnya bintang. Mungkin bintang sudah berhenti berharap lalu menyembunyikan dirinya disebalik awan. Kita pula hanya dapat menunggu bintang tersebut muncul semula.
  • Sama seperti kehidupan seharian kita. Kadang-kadang kita tidak ambil peduli dengan orang yang terdekat dengan kita. Tapi apabila berjauhan barulah kita terasa akan kehilangannya. 


Thursday, December 13, 2012

Kad Siswa 1 Malaysia

Posted by snow white at 3:14 PM 0 comments
Alhamdulillah..... setelah 4 hari demam akhirnya ari ni baik juga walaupun tak berapa nak selera makan. Kad siswa 1 Malaysia. Itulah tajuk hari ni. Mesti ada orang kata itu cerita dah basi la...... Tak kisahla kan yang penting ni blog snow white dan snow white bebas nak tulis apa je. Setelah sekian lama akhirnya penantian berakhir juga. Baru sekejap tadi snow white ambil kad siswa. 'Baru nak dapat?'  Itulah orang lain semua dah dapat. Kakak snow white yang dah grad pun dah dapat lama dah. Snow White baru dapat. Tak kisah lah janji dah dapat. Snow white ingat lagi beberapa minggu yang lepas kata kad siswa untuk 3rd year dah dapat. Punyalah excited sekali tengok rupanya tak ada. Hisyy....geram rasanya. Akhirnya penantian selama beberapa bulan berakhir juga.



 

Thursday, December 6, 2012

Lawatan Supervisor FTSM ke Syarikat

Posted by snow white at 10:08 AM 0 comments
Assalamualaikum,

Salut! Bonjour! Comment allez-vous?

Je suis tres heureux hier. Pour quoi?

Ni snow white nak cerita. Sekarang snow white praktikal. Dah hampir 3 bulan dah. Semalam penyelia dari FTSM datang. Nak nilai snow white and kawan-kawan. 2-3 hari sebelum tu kitaorang lepak je la. Tapi kitaorang prepare je la projek yang tengah buat kot-kot la pensyarah nak tengok kan. Lepas tu masa nak balik kat dalam kereta la ni. Kawan aku Ida cakap kan boleh present terus kat pensyarah. So, minggu ke 21 tak payah present lagi kalau dia puas hati. Bayangkan sehari sebelum pensyarah datang kitaorang emel tanya pensyarah ok ke klu nak present then pensyarah kata ok. Kitaorang pon apa lagi kelam kabut la nak prepare slide. Dah la pagi 2 kitaorang ada urusan dekat bank. Memang petang tu bertungkus-lumus nak buat. Kitaorang guna prezi sebab grafik dia lawa. Sampai ke malam kitaorang buat slide. Siap praktis lagi present. Then we decided nak pegi makan kerang bakar. Boleh pulak tengah-tengah berdebar nak present gi makan kerang bakar. Tapi belasah je la janji perut kenyang. Hehehe :D .....Keesokan hari tiba la waktu yang ditunggu-tunggu. Pensyarah pula datang 15minit awal. Gelabah punya pasal, tiga-tiga sekali gi turun bawah jemput pensyarah. Terharu Dr. Kitaorang pon present macam yang dah praktis. Fuhhh.....memang terketar. Nasib baik penyelia syarikat tolong sekali cakap. Tak ada la gagap sangat. Then berita yang paling genbira.....kitaorang da tak payah present minggu 21. So, 3 minggu holiday...yey.....Bersyukur sangat sebab dapat penyelia syarikat dan pensyarah yang sporting. Dah habis..pensyarah belanja kitaorang makan kat Restoran Ayam Kampung. Kitaorang makan bihun sup. Sedap....Bertambah sedap sebab orang belanja. :). Tapi satu je yang snow white terkilan. Lupa nak ambil gambar padahal awal-awal dah rancang nak ambil gambar letak dalam report. Nak buat macam mana, benda dah berlalu. Kat bawah ni gambar kitaorang punya slide:

Sampai sini saja snow white membebel hari ni. Au revoir!

 

Friday, November 2, 2012

KISAH BENAR.....SUAMI YANG MENYESAL

Posted by snow white at 2:26 PM 0 comments
Assalamualaikum….
Kehadapan ustaz yg saya hormati…saya tidak tahu..di mana ingin saya mulakan bicara ini… tetapi saya mesti menceritakn kisah ini pada ustaz supaya hati saya tenang dan mungkin dapat meredakan rasa berdosa…saya selama ini…ustaz mungkin tidak kenal saya namun saya mengenali ustaz..tak mengapalah kalau ustaz tak kenal saya pun….

Ustaz saya merupakan seorang lelaki yang mempunyai memori kehidupan lampau yg cukup menyedihkan…harap ustaz tidak bosan mendengarnya….Saya merupakan seorang suami..kepada seorang isteri yg amat baik dan setia….namun ustaz ..saya tidak pernah menghargai kasih dan sayangnya yang dicurahkan kepada saya….kerana pada waktu itu …mata hati saya terlalu buta untuk membezakan yang mana kaca dan permata.

Ustaz saya telah berkahwin dengan seorang wanita yang pada asalnya tidak saya cintai….dia seorang yang sederhana pada segi paras rupanya….seorang yang tidak pandai bergaya …tetapi kuat pegangan agamanya…. bertudung labuh…bersopan santun.. baik budi bahasanya…. Untuk pengetahuan ustaz perkahwinan kami ini.. segala-galanya….diaturkan oleh keluarga dalam keadaan saya masih belum bersedia…

Ustaz terus terang saya katakan yang saya sudahpun mempunyai teman wanita yg jauh lebih cantik daripada isteri saya dan kami amat menyintai antara satu sama lain….cumanya saya akui teman wanita saya ini agak sosial sedikit dan tidak menutup aurat……Ustaz selepas berkahwin dengan isteri saya itu…jiwa saya menjadi kacau dan keliru…..saya amat marah kepada isteri saya…kerana pada anggapan saya kerana dialah saya tidak dapat bersama kekasih saya yg amat saya cintai itu.

Ustaz sepanjang kehidupan kami…saya selalu sahaja mencari jalan untuk menyakitkan hatinya…dengan harapan kami akan bercerai setelah dia tak tahan dengan kerenah saya….namun rupanya ustaz…isteri saya ini adalah wanita yang penyabar….pernah saya tidak balik ke rumah..dengan tujuan isteri saya akan membenci saya…tetapi selama mana lambat sekalipun saya balik ..dia akan tunggu saya dan bila saya masuk ke dalam rumah…dia menyambutnya dengan mesra dan bertanya: “Abang dah makan…?Nak saya panaskan lauk dan hidangkan makanan?”

Ustaz…pernah suatu hari saya menampar mukanya….apabila dia bertanya pada saya…”Abang dah solat?...abang tak pernah solat ke?.....Paannggg..!!satu tamparan kuat saya berikan di pipinya….perasaan geram..marah dan rasa terhina….bercampur ego yg menggila…Bengkak pipinya…dia menangis terisak-isak……saya ingatkan mungkin dia akan membenci saya..tetapi rupa-rupanya…..dia bersabar dan melayan saya sebagai suaminya.

Ustaz pernah suatu hari…dia ingin bermanja dengan saya…..membawa sepinggan nasi goreng yang digoreng…untuk saya …pada masa itu saya sedang berbual mesra dengan kekasih saya di dalam handphone……ketika dia ingin menyuapkan nasi kemulut saya….saya tolak pinggan …sehingga jatuh berkecai bersama nasi goreng yang digoreng khas untuk saya…..dengan linangan air mata….dia mengutip setiap butiran nasi goreng yang berhamburan ke lantai…

Ustaz saya bertambah lupa daratan…saya habiskan masa berhibur dan berlibur dengan kawan-kawan di luar..dengan harapan isteri saya akan lebih sakit hati dan meninggalkan saya rupanya dia tetap tabah dan bersabar…..pernah juga saya menendang badannya kerana dia menasihati saya supaya tidak mencari hiburan dengan jalan yang dimurkai Allah.

Ustaz….pernah suatu ketika apabila keluarganya datang bertanyakan khabar dia kata dia amat bahagia bersama saya…tapi sebenarnya hanya saya yang tahu dia berbohong.
Ustaz suatu hari saya telah diberikan balasan oleh Allah…dan saya kira itu adalah balasan…

apabila saya terlibat dengan kemalangan….tulang paha saya patah dan dan sememangnya saya tidak berdaya utk bangun….hampir lima bulan saya terbaring tidak berdaya….ketika itulah isteri saya menjaga saya dengan setia sekali…..berak kencing saya… dia tadahkan… dia basuhkan tanpa ada rungutan atau perasaan genyi mahupun geli ….dialah yang memandikan saya…menggosok badan saya dan memakaikan pakaian utk saya….bila saya mengerang sakit kerana kaki yang bengkak di tengah malam…berdenyut-denyut sakitnya…dialah yang bangun …..dalam keadaan mengantuk dan terhoyong hayang kerana tidak cukup tidur..dia datang kepada saya dan menyapukan ubat krim dan memberi saya ubat penahan sakit…sehingga saya rasa lega dan tertidur….tetapi isteri saya tidak tidur hingga ke pagi…….risau saya mengerang kesakitan lagi.

Ustaz isteri sayalah yang menyuapkan saya makan…dia sendiri tidak akan makan…melainkan setelah saya kenyang….dia akan membuatkan makanan dan minuman mengikut kehendak dan selera saya

Bila saya kenangkan kembali….sewaktu saya terlantar sakit tiada siapa pun dari teman-teman yang setia berjoli dengan saya dahulu… datang menghulurkan bantuan apatah lagi melawat…kekasih saya..lagi lah..apabila dapat tahu saya kemalangan dan tidak boleh bangun…dia tidak mahu lagi..menghubungi saya malah meminta hubungan kami diputuskan..kononnya saya suami orang..huh..sekarang baru dia kata saya suami orang..dulu….dialah yang menghasut dan memberikan harapan pada saya untuk membenci isteri saya... ketika itu barulah saya sedar betapa besarnya kesilapan dan dosa yang telah saya lakukan...Ustaz…..saya …kasar..kejam dan zalim kepada isteri yg menyayangi saya….besarnya dosa saya…..amat menyesal rasanya.

Ustaz….ketika saya boleh berjalan ..sedikit demi sedikit…dan saya beransur pulih….isteri saya jatuh sakit…..badannya menjadi kurus kering….tiada selera makan…terbaring..tak bermaya…..kata doktor yang merawatnya….isteri saya jadi begitu kerana terlalu letih dan susah hati….hati saya menjadi sebak..kerana saya tahu sayalah puncanya….

Ustaz kesihatan isteri saya makin teruk…..mukanya makin pucat….tetapi dia tetap senyum….saya menangis sepuas-puasnya memohon ampun dan maaf di atas kejahatan yg pernah saya lakukan terhadapnya….dia hanya tenang dan menjawab dia telah lama maafkan saya….”Abang saya dah lama maafkan abang…saya sayangkan abang”……berderai airmata saya hancur hati saya….pilu bercampur sebak yang amat sangat…diikuti dengan perasaan menyesal.

Ustaz selepas itu isteri saya di masukkan ke dalam wad kecemasan…..saya menjaganya setiap hari….saya belai rambutnya saya kucup dahinya…sambil airmata ini tidak berhenti—henti mengalir…”Jangan menangis bang….bukan salah abang…..mungkin saya ni yang tidak pandai mengambil hati abang…”Berdentum….seolah-olah hati saya disambar halilintar…saya menangis lagi….sehingga keluarga yang datang melawat terpaksa menenangkan saya…..malah ada yang memuji saya ….kerana beranggapan saya suami yang amat menyayangi isteri…..ternyata pujian itu bagaikan sumpahan utk saya.

Ustaz…..isteri saya ada berkata…dia meminta maaf kerana tidak dapat melahirkan zuriat untuk saya..kerana masanya utk menghadap ilahi semakin hampir….saya meraung….merayu kepadanya agar tidak meninggalkan saya…tapi katanya…setiap yang hidup pasti akan mati…dan dia meminta saya menjaga diri baik-baik….kerana dia tidak boleh lagi menjaga saya….ustaz..saya menangis …sehingga saya menjadi lemah….apabila dia mengucapkan kata kata terakhir itu.

Ustaz…tepat jam 3.00 ptg…setelah dua minggu berada di hospital…isteri saya telah pergi meninggalkan saya selama-lamanya….dengan bebanan dosa dan jutaan kesalan yang menerjah hati ini…saya meraung semahu-mahunya….menyesal di atas kekasaran yg pernah saya lakukan.

Ustaz jiwa saya tak tenteram…apakah Allah akan mengampunkan dosa saya ini…..apakah kekasaran dan kejahatan serta layanan buruk saya kepada isteri ….akan diampunkan Allah….tolonglah ustaz saya amat menderita…..jiwa saya terseksa…..mungkin ini hukuman yang patut saya terima.

Masih terngiang di telinga saya pesanan akhir isteri saya..”abang…jagalah diri baik-baik….jangan lupa tunaikan solat….berbuat baik… takutlah kepada Allah….dan jika bertemu dengan insan bernama isteri….jangan berkasar dengannya sayangilah dirinya.”

Ustaz sebelum isteri saya menghembuskan nafas terakhir…dia ada meninggalkan satu nota dan sebuah lagu untuk saya dengar dan hayati….lagu itu adalah harapan yang dia impikan dari saya tetapi tidak sempat dia nikmati….kasih sayang yang terkandung dalam lagu itu…dia harapakan dari saya….Di dalam nota itu dia menulis “Abang..dengarlah lagu ini dan ingatlah saya selalu…Dahulu...saya senantiasa menanti abang pulang ke rumah…Saya teringin sangat nak makan bersama abang…..mendengar cerita abang….menyambut abang pulang dari kerja….bergurau dan bermanja dengan abang…..memeluk abang ketika tidur…..tetapi semuanya mungkin tidak sempat bagi saya…jaga diri…..sayang abang….selamanya.

Ustaz ….saya harap ustaz tak marah saya meluahkan perasaan begini panjang pada ustaz….kerana inilah pesan isteri saya sekiranya saya merasa terlalu sedih…ceritakanlah pada ustaz dia tahulah apa nak buat utk tenangkan abang……Ustaz….saya harap cerita saya ini dijadikan teladan bagi mereeka yg bergelar suami….sayangilah isteri anda….selama mana anda berpeluang utk berbuat begitu…janganlah terjerumus dengan kesilapan yg saya lakukan…pasti anda akan menyesal tak sudah…..

Terima kasih ustaz….doakan saya…….

Sedih dan sebak bila baca luahan perasaan hamba Allah ini….memang saya banyak beri ceramah motivasi dan mendengar banyak masalah masyarakat yg dihantar pada saya dan inilah yang paling sedih.yg pernah saya baca… tambahan pula lagu yg telah ditujukan isterinya itu bila dengar bertambah sebak…..dengarkanlah senikatanya…….tapi tak boleh upload lagu tu dibawah copyright....tajuknya now and forever...
by richard mar
INI ADALAH KISAH BENAR YANG DITERIMA OLEH SEORANG USTAZ. PADA MULANYA SNOW WHITE AGAK TERKEJUT SEBAB BIASANYA KISAH SEBEGINI DAPAT KITA BACA PADA NOVEL. TAK SANGKA RUPA-RUPANYA WUJUD DI ALAM YANG NYATA NI.

Monday, October 22, 2012

Tips Untuk Berjaya ketika Berdiet.

Posted by snow white at 10:13 AM 1 comments
Post ni Snow white ambil daripada laman I luv islam. Mungkin berguna untuk yang nak berdiet (diri sendiri sebenarnya). Jom kita baca!

1. Menambah Karbo Selepas Senaman
Perkara asas yang paling penting dalam diet adalah memastikan anda tidak kekurangan kalori yang diperlukan setiap hari. Mengisi atau menambah semula bekalan karbo didalam badan selepas dari sesi senaman anda. Menikmati makanan selepas senaman adalah satu kemestian. Ini adalah masa terbaik kerana pada masa inilah otot berada dalam keadaan yang lemah dimana penambahan karbo sangat diperlukan. Perlu diketahui juga bahawa pada masa inilah makanan yang dimakan paling kurang untuk diserap menjadi lemak.  

2. Jangan Tidur Ketika Lapar
Langkah kedua yang akan membantu mempercepatkan pengurangan berat badan ialah tidak tidur ketika lapar. Ramai yang beranggapan makan pada lewat malam akan membantutkan usaha mengurangkan berat badan. Hakikatnya adalah makan pada lewat malam tidak akan membantutkan usaha anda. Sebaliknya buatlah pilihan yang bijak. Elakkan pengambilan karbo pada lewat malam dan pilihan dari sumber protin adalah baik untuk anda. Sebagai contoh, susu rendah lemak adalah pilihan yang baik untuk diambil sebelum tidur.  

3. Kitaran Kalori
Salah satu langkah yang boleh anda lakukan ialah dengan membuat kitaran terhadap kalori anda setiap hari. Bagaimana utuk melakukannya? Bila anda mengurangkan kalori dalam diet anda untuk tempoh yang agak lama, kadar metabolisma anda akan menurun. Jadi dengan memvariasikan dengan kalori yang lebih tinggi anda mampu menghalang dari berlakunya metabolisma yang rendah ini. Sebagai contoh, anda boleh diet rendah kalori untuk 5 hari dan 2 hari kalori yg lebih tinggi. Secara tidak langsung anda juga menjadikan diet anda lebih menarik.
Untuk belajar cara-cara mengira kalori-kalorie anda, cubalah layari laman web iluvislam.com ataupun layari kevinzahri.com.

4. Lengkapkan Dengan Protin
Protin adalah nutrien terpenting dalam plan diet anda. Protin akan membantu anda untuk mengurangkan rasa lapar, mengawal selera dan memastikan otot-otot anda mendapat bekalan yang secukupnya. Pastikan anda mengambil protin yang baik bagi setiap hidangan anda dan mencapai keperluan harian anda. Pilih protin yang baik dari sumber-sumber semulajadi untuk hasil yang terbaik.


5. Jadualkan 'Cheat Day'
Ramai yang beranggapan bila diet, anda perlu elakkan semua jenis makanan yang anda suka jika inginkan hasil yang baik. Satu persepsi yang tidak betul. Dengan menjadualkan 'Cheat Day' ini, anda masih boleh menikmati hidangan kesukaan dan pada masa yang sama anda masih kekal dengan diet yang sihat pada hari-hari lain. Lebih baik untuk anda memilih satu hari dari 7 hari hari seminggu untuk 'Cheat Day' dari anda memilih untuk makan pada bila-bila masa sahaja.


6. Saratkan Dengan Serat
Serat juga merupakan nutrien yang penting dalam pengurangan berat badan. Serat akan membantu untuk menyihatkan badan dan yang paling penting ia akan membuatkan anda berasa kenyang. Sekurang-kurangnya anda memerlukan 5gram serat untuk setiap hidangan bagi membantu mengurangkan berat badan. Sumber serat terdiri dari sayur, buah-buahan dan gandum penuh.

7. Kawal Pengambilan Minuman
Salah satu yang sering diabaikan dalam kebanyakkan plan diet ialah pengambilan minuman. Jika anda seorang yang gemar dengan minuman-minuman yang manis ini, anda mungkin telah mengambil kalori yang berlebihan tanpa anda sedari. Perlu diingat bahawa kalori melalui minuman juga dikira. Jika anda peminat tegar minuman manis ini, alternatif yang ada ialah dengan cara mengurangkan pengambilan kalori makanan anda. Jika tidak usaha menurunkan berat badan anda mungkin tidak akan berjaya. Langkah terbaik ialah gantikan minuman manis ini dengan air suam atau air kosong.

8. Makan Lebih Produk Tenusu(Dairy Product)
Akhir sekali, tip yang boleh mempercepatkan pengurangan berat badan ialah dengan mensasarkan untuk makan lebih banyak produk tenusu dengan kerap. Ramai yang menganggap mereka perlu menghadkan pengambilan produk tenusu ketika dalam usaha menurunkan berat badan tetapi hakikatnya adalah sebaliknya. Cuma pastikan anda memilih dari variasi rendah lemak. Setiap usaha pasti akan diiringi kejayaan. Jangan berputus asa untuk melakukan perubahan pada diri anda.

Walaupun banyak tips yang ada tapi yang penting adalah disiplin untuk mengawal nafsu daripada makan secara berlebihan. Masalahnya disini susah nak disiplinkan diri. Macam mana? Kadang-kadang first week je semangat lepas tu......faham-faham sendiri la












7 perkara yang perlu dielakkan selepas makan

Posted by snow white at 9:55 AM 0 comments

 Berikut adalah 7 perkara yang dilarang daripada dilakukan selepas anda menjamu selera:
1. Jangan merokok: Kajian daripada pakar membuktikan bahawa merokok sebatang rokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok. (Meningkatkan risiko menghadapi kanser)
2. Jangan terus makan buah-buahan: Memakan buah-buahan sebaik sahaja anda menghabiskan makanan anda akan menyebabkan perut anda dipenuhi dengan udara (kembung). Oleh itu, makan buah-buahan 1-2 jam selepas anda makan atau 1 jam sebelum anda makan.
3. Jangan minum teh: Ini disebabkan daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Ini menyebabkan protein di dalam makanan yang anda makan menjadi keras dah sukar dicerna.
4. Jangan longgarkan tali pinggang anda: Melonggarkan tali pinggang anda selepas makan akan menyebabkan usus anda tersumbat atau terbelit dengan mudah.
5. Jangan terus mandi: Mandi akan menyebabkan peningkatan dalam pengaliran darah ke bahagian tangan, kaki atau bahagian lain di tubuh anda. Tetapi pengaliran darah ke bahagian perut pula berkurangan. Ini menyukarkan proses pencernaan yang sempurna.
6. Jangan berjalan-jalan: Berjalan-jalan dengan banyak sebaik sahaja anda menghabiskan makanan anda akan menyukarkan system pencernaan anda menyerap nutrisi daripada makanan yang telah anda telan.
7. Jangan terus tidur: Tidur akan menyebabkan gangguan terhadap sistem pencernaan dan penghadaman anda. Ini akan membawa kepada masalah gastric dan jangkitan kepada usus anda.



Sejauh mana kebenarannya tak tahu la. Wallahua'lam. Ini pun snow white ada terbaca dekat satu blog ni. Tapi tak salah kalau kita mencuba

Tuesday, October 9, 2012

Resepi Puding Roti

Posted by snow white at 10:44 AM 0 comments
3 hari yang lalumerupakan hari lahir yang ke 21. Dah 21 tahun snow white hidup tapi rasa sekejap je. Sekejap je dah final year. Sekejap je dah nak kerja. Waktu umur 20 rasa macam muda lagi dan perjalanan masih panjang tapi bila dah 21 tahun ni....baru sedar banyak lagi benda nak buat dan belum tercapai lagi. cerita pasal hari lahir ni snow white ada buat puding roti. first time buat. Alhamdulillah jadi juga puding roti tu. sampai lupa nak ambil gambar. Kalau tak boleh post dekat sini.

RESEPI PUDING ROTI

1 bungkus roti potong( tapi snow white guna 8 keping je)
sedikit marjerin/mentega
2 biji telor gred A (gred lain pon boleh)
4 sudu besar gula pasir
1 sudu teh esen vanila ( siapa dah biasa buat kek mesti tau nak bajet)
1 sudu besar tepung jagung
200 ml whipping cream
200 ml susu full cream
kismis

Cara Buat:

1. Mula - mula buang kulit roti yang dekat tepi-tepi tu.
2. Sapukan marjerin di kedua belah dan masukkan dalam loyang.
3. Pukul sampai kembang telur, gula, esen vanila, tepung jagung.
4. Masukkan whipping cream dan susu. Kacau sebati.
5. Curahkan ke dalam loyang yang berisi roti dan tabur kismis.
6. Biarkan kembang selama 30 minit.
7. Panaskan oven dan bakar roti pada suhu 180'C selama 30 minit.

Siap dihidang. Sebenarnya ada kuah tapi snow white tak suka. Lagipun puding roti tu sedap dimakan macam tu je. Rasanya dah manis kalau letak kuah lagi la manis. "Kurangkan gula dalam makanan tambahkan manis dalam senyuman" hehehe...






Wednesday, October 3, 2012

Senyum pagi

Posted by snow white at 12:01 PM 0 comments
Senyum pagi??? hehehe...Rasa dah tengah hari pun. Ada satu benda yang snow white nak kongsi hari ni. Tadi tengah godek-godek fb terbaca satu post nie. Nak cakap kelakar tak juga tapi boleh la sekadar kalau nak tersenyum tu. Cuba baca dekat bawah ni:

korang na cari suami macam mana? tulis no je..

1) jangan cari suami yg main BOLA sebab dia akan sepak kita
2) jangan cari suami yg main BADMINTON sebab dia akan pukul kita
3) jangan cari suami yg main VOLLEYBALL sebab dia akan tampar kita

4) jangan cari suami yg main TAKRAW sebab dia akn timbang n lipat kita
5) tapi carilah suami yg main RAGBI sebab dia akan peluk n sentiasa lindungi kita

SELAMAT MEMILIH ♥
Pilihan korang yang mana? Mesti purata pilih no.5. So......sweeeeetttttttt^_^ 
2 OKTOBER 2012/ 1200 p.m/ tempat kerja

Friday, September 14, 2012

Hayatilah......

Posted by snow white at 4:07 PM 0 comments
 Tidak perlu mencari teman secantik Balqis,
Andai diri tidak sehebat Sulaiman,
Mengapa berharap teman yang setampan Yusof,
jika kasih tidak sekuat Hajar,
dan mengapa didamba
teman hidup yang sesempurna
Muhammad jika ada
keburukan pada diri,
bimbingkanlah dirinya dan
terimalah kekurangan itu
sebagai keunikan.
Carilah kebaikan pada dirinya.
Bersyukurlah kerana dipertemukan
dengannya dan berdoalah
dia milik-Mu...

Thursday, May 3, 2012

Andai Lelaki Tahu

Posted by snow white at 3:13 PM 0 comments


Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah, tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah mencintai lelaki itu.

Andai lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itu maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh. Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak sesuatu yang terjadi.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cerewet, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas, tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu kamu berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima kamu seadanya, tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik, bukan untuk dirinya, tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan kamu, bukan bermakna dia tidak sayang..tetapi dia terlalu sayangkan kamu dan masih menganggap kamu anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. terkadang dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, kamu akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. Naluri keibuannya sangat kuat. Dia hanya mahukan yang terbaik untuk kamu .

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk, jangan kata dia mengada-ngada. Dia bukannya mahu dipujuk dengan duit atau hadiah, tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat dia rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak mencintai kamu tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu dgn kamu, dia benar-benar maksudkannya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. Selagi dia denganmu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata kasar, dia bukan bermaksud utk berkasar, tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan sikapnya. Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja. Apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. Itu tandanya dia benar-benar mencintai anda. Perempuan sulit untuk mengawal perasaan. Dia terlalu emosional. Tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri. Tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. Di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya. Biarpun sebenarnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang dapat menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. Dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak2 anda.

                                                                                                                           

Sunday, April 1, 2012

Posted by snow white at 2:49 PM 0 comments
Dah lama rasanya snow white tak post kat blog ni since last year. Ini adalah yang first untuk tahun nie. Banyak sebenarnya yang nak dikongsikan kat dalam blog nie tapi sibuk sikit plus internet ni kejap ok, kejap tak....tetibe hari nie rajin lak nak post. nak story sket. Da lebih kurang 2 tahun snow white duduk kat kolej nie and da banyak kali cafe tukar tender tapi snow white rasa yang kali ni paling teruk. Kenapa???? coz pekerja agak psiko (faham-faham sendiri la). kalau student lain tak suka dengan makanan dia tapi snow white tak suka dengan seorang pekerja tu. walaupun student lain dah banyak kali buat aduan tapi dari sem lepas tak tukar-tukar gak tender. yang tak suka tu la yang lama. lepas tu pagi ni snow whitw bukak FB and then terbaca tender da tukar. snow white seronok sekali....hehehehe. akhirnya tukar gak. tapi skali pergi cafe asal dye ada lagi....takkan pekerja stay kot. musykil2. dengan berani dan selambanya snow white pon tanya la kat cashier tu.
"dengar citer...da tukar tender"
"haah. sudah tukar ini hari'
"ooo.....tapi pekerja sama jer la"
" saya ada seminggu saja. tak boleh la..saya kena ikut itu bos"
"oo..x pe la. hehehe..."
ingatkan pekerja dia still orang yang sama rupanya seminggu lagi. lega2. harap2 lepas cuti pertengahan sem jer da tak ada muka orang tu. ok stop cerita cafe. ni snow white ada agenda terbaru. snow white rasa macam nak buat novel la. Berbakat ke????entahla. saya budak baru belajar. kalau jadi snow white akan post dekat blog ni. tunggu........jalan cerita dah ada. tinggal nak tulis jer. ok sampai sini jer, bye..
                                                                                                                       

text generator

"---------------------------"
 

:: 안녕하세요 :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review