Translate

Note Mood


Monday, October 22, 2012

7 perkara yang perlu dielakkan selepas makan

Posted by snow white at 9:55 AM

 Berikut adalah 7 perkara yang dilarang daripada dilakukan selepas anda menjamu selera:
1. Jangan merokok: Kajian daripada pakar membuktikan bahawa merokok sebatang rokok selepas makan adalah bersamaan dengan merokok 10 batang rokok. (Meningkatkan risiko menghadapi kanser)
2. Jangan terus makan buah-buahan: Memakan buah-buahan sebaik sahaja anda menghabiskan makanan anda akan menyebabkan perut anda dipenuhi dengan udara (kembung). Oleh itu, makan buah-buahan 1-2 jam selepas anda makan atau 1 jam sebelum anda makan.
3. Jangan minum teh: Ini disebabkan daun teh mengandungi kandungan asid yang tinggi. Ini menyebabkan protein di dalam makanan yang anda makan menjadi keras dah sukar dicerna.
4. Jangan longgarkan tali pinggang anda: Melonggarkan tali pinggang anda selepas makan akan menyebabkan usus anda tersumbat atau terbelit dengan mudah.
5. Jangan terus mandi: Mandi akan menyebabkan peningkatan dalam pengaliran darah ke bahagian tangan, kaki atau bahagian lain di tubuh anda. Tetapi pengaliran darah ke bahagian perut pula berkurangan. Ini menyukarkan proses pencernaan yang sempurna.
6. Jangan berjalan-jalan: Berjalan-jalan dengan banyak sebaik sahaja anda menghabiskan makanan anda akan menyukarkan system pencernaan anda menyerap nutrisi daripada makanan yang telah anda telan.
7. Jangan terus tidur: Tidur akan menyebabkan gangguan terhadap sistem pencernaan dan penghadaman anda. Ini akan membawa kepada masalah gastric dan jangkitan kepada usus anda.



Sejauh mana kebenarannya tak tahu la. Wallahua'lam. Ini pun snow white ada terbaca dekat satu blog ni. Tapi tak salah kalau kita mencuba

0 comments:

Post a Comment

text generator

"---------------------------"
 

:: 안녕하세요 :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review