Translate

Note Mood


Saturday, December 10, 2011

Hari ke-2 bengkel fotografi.

Posted by snow white at 10:52 PM 3 comments Links to this post
Ari ni hari ke-2 bengkel fotografi. Taklimat diberi oleh saudara Ejad. Kalau nak tgk gambr2 yg dye snap leh melayari blog ejadfotopoyo.blogspot.com. Snow white suke sgt tengok foto-foto yg ditangkap oleh saudara Ejad. Cantik & menarik. Teringin nak ambil gmbr yg lawa cam2 satu ari nanti. Skang ni dlm proses blaja gi. Dah abes Ejad bagi taklimat & tips2 b4 tangkap gambar, kami pon wat praktikal kat luar. Sepatutnye kami kne tangkap gambar landscape & potrait tp oleh sbb hujan so stop sekejap then smbg blek ble hujan da berhenti. klu gambar potrait x leh tunjuk kat sini. Model dye privacy.Hehehe.... Secara jujurnye, snow white x brape pandai sgt nak tangkap landscape lagi2 kalu tempat 2 byk bangunan. Tapi time praktikal ari ni blasah jer walaupon x brape nak puas ati. Then sambil2 tu snow white tangkap gambar macro. lain org srh wat lain yg snow white buat. Tapi mmg snow white lebih prefer ngan macro. So thank to Ejad coz ajar kami cara-cara untuk tangkap gmbar yg cantik. Segala ilmu yg diberikn cam RO3, shutter speed, aperture, sunny-16 rule n byk agi akan snow white praktikkn dlm foto2 yg akan dtg dan tidak lupe juge kpd penasihat kelab seni foto En.Raai Osman yg byk membimbing kami sepanjang sem ni. Gambar2 kat bwh ni semua snow white amek gune compact camera(Fujifilm FinePix JX250).









  

Light Painting

Posted by snow white at 9:56 PM 2 comments Links to this post
Salam korang............minggu ni snow white de bengkel fotografi anjuran kelab seni foto UKM. Bengkel ni 2 ari jer n start smalam. banyak bende bru yg telah dipelajari. Snow white mmg minat bende2 fotografi ni. Smalam first day n mlm smalam baru jer kteorg blaja light painting. Kalau gune DSLR (Digital Single Lens Reflex) kamera lawa r gambar.Walaupun just gune compact, tp hasilnye sgt memuaskan hati snow white. kat bwh ni adalah gmbr2 yg diambil hasil drpd 1st blaja light painting. Actually nak post smalam tp da penat sgt tertido lak. hehehe....Smoge terhibur.!!!!!!!









Monday, December 5, 2011

berpuasa hari Asyura

Posted by snow white at 9:15 PM 0 comments Links to this post
Kita sudah pun masuk tahun baru 1433 Hijrah. Banyak peristiwa besar yang berlaku dlm bulan Muharram ni terutama 10 Muharram atau dikenali sebagai Hari Assyura. Oleh sebab itu, kita disumatkan berpuasa bagi menghormati hari tersebut. Akan tetapi orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram. Jadi, untuk membezakan antara orang Islam dan Yahudi kita disunatkan untuk berpuasa sama ada 9 & 10 Muharram atau 10 & 11 Muharram. Banyak kelebihan yang kita dapat apabila berpuasa pd hari Asyura.


Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka." 

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !". 

Lalu dikesempatan yg ada hari ni aku berpuasa sunat. Td sebab tak nak berbuka kat kafe atas sbb trtentu, aku n kawan pergi berbuka dekat MFC,Bangi. First time mkn kat ctu. Selama ni kawan aku cerita jer. Dah lama rancang nak makn kat situ tapi tak jadi-jadi. Entah kenapa lak ari ni tempat 2 lah jd pilihan untuk kteorg berbuka puasa. Boleh tahan la hrgenya. Lagi murah dr KFC,McD n Pizza Hut. Kalau gi MFC tu kira complete r ayam , burger , pizaa pon ade. 
Tadi buka order combo 1. De nasi Arab, ayam n air. Air leh tukar and byrn tambahan pon. Tax pon x de so harga yg terpampang 2 la harga yg akan korang bayar. Oleh kerana esok nak puasa lagi, order la burger seketul tok sahur sok walaupun da simpan azam x nak makan burger tp tengok kawan makan td cam terliur lak. X pe skali ni jer....... Sampai sini jer celoteh kita tok ari ni. ^_^

Friday, April 29, 2011

^_^

Posted by snow white at 8:56 AM 0 comments Links to this post
     


hai sume...... ari ni nak blek umah. cuti 4 bulan.sronok nyer.............x tau nak ckp camne. hehehehehe.............................
sedar x sedar da dekat setahun kat ukm nie. 
da brmcm pengalamn yg jd sme de yg pht atau pon yg manis.  
   tp walau sepahit mne pon pengalamn 2 ble dikenang smula 
mesti  kadang2 yg pahit 2 la yg paling manis skali kn? k r x  
nak ckp pnjg2. tah ble agaknye aku akn update blog nie. ye  
r kat umah ssh nak dpt tenet. lg2 time cuti nie line busy semedang. k r chaw dlu..........


Wednesday, April 27, 2011

MALANG TIDAK BERBAU

Posted by snow white at 1:32 PM 0 comments Links to this post
BANGI, 25 APRIL 2011- Satu kemalangan telah berlaku di simpang X menghala ke Banting sekitar jam 6-6.30 petang. Kemalangan membabitkan sebuah kereta sewa yang dinaiki oleh empat orang mahasiswi dengan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang ustazah SRA. Sejurus selepas perlanggaran berlaku beberapa anggota polis yang kebetulan sedang makan durian di gerai durian tepi jalan datang untuk meninjau keadaan dan melancarkan keadaan jalan raya yang semakin sesak dan bunyi hon yang bertalu-talu dari pemandu jalan raya yang lain. Di samping itu, difahamkan tidak ada sebarang kecederaan parah yang berlaku. Punca kemalangan tidak dapat dipastikan kerana mangsa berada dalam keadaan trauma dan tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut tentang kemalangan tersebut. Hal ini telah diselesaikan dengan baik tanpa sebarang pergaduhan dan sebarang kerosakan kereta yang berlaku akan dijelaskan melalui insuran. Kesemua yang terlibat telah membuat aduan di balai polis Kajang kira-kira jam 8 malam.


Saturday, April 16, 2011

PANTUN ALAF BARU

Posted by snow white at 2:34 PM 0 comments Links to this post
Pisang emas dibawa berlayar
Masak sebiji di atas peti
Kat pasaraya tak ada hutang hutang
Kalau nak, bayar, Cash On Delivery


Kalau ada jarum yang patah
Jangan di simpan di dalam peti
Kesian betul dengan kau ni
Jarum patah pun kau simpan dalam peti.

Dua tiga kucing berlari
Mana nak sama si kucing belang
Kalau kau berani kejarlah kucing tu
Mesti kau kena cakar sampai berbelang-belang gak..


Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang hamba mengkuang layu
Kain Pak Malau, Mak Limah yang lipat
Kain aku, si pencuri yang sapu

Rumah Pak Mamat di tepi sawah
Pakai langsir berwarna biru
Ooi Pak Mat, langsir warna biru tak lawa lah
Pakailah warna kuning ke, hijau ke, kelabu asap ke.


Air pasang dalam surut pukul lima
Nyonya bangun pagi siram pokok bunga
Haloo nyonya, mau tanya sikit
Siram pokok bunga aje, tak jual sayur ka?

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Kalau padi tu belumlah masak
Janganlah tuai, taklah layu-layuan. .


Limau purut masak di dahan
Batang selasih condong uratnya
Limau purut tak boleh makan
Nanti sakit perut nak kena cari ubat.

Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Buat apa nak ke Pulau Pandan yang jauh tu
Pergi aje ke Kampung Pandan


Sorong papan tarik padan
Buah keranji dalam perahu
Tolonglah jangan makan buah keranji tu
Nanti badan kau orang berbau

Hayya Cik Siti, perempuan banyak muda
Ana banyak takut jalan tutup mata
Memanglah takut kalau jalan tutup mata
Sebab takut terpijak lubang Indah Water


Encik Baba jatuh dalam parit
Cik Aminah ketawa jerit jerit
Sampai hati Cik Aminah ketawakan saya jerit-jerit
Mentang-mentanglah saya jatuh dalam parit

Buai laju laju
Sampai pokok sena
Woii, jangan buai laju-laju
Nanti kang tercampak kat pokok sena


Timang tinggi-tinggi
Sampai cucur atap
Cucur atap tak sedap
Cucuk pisang, cucur udang, haaa tu sedap 



Sunday, April 10, 2011

Karyaku

Posted by snow white at 3:18 PM 0 comments Links to this post





                                  Sje jer wat bnd nie nak ilangkn ngantok. 
Ye r musim nak exam nie.......byk cbrn ble kite nak study. Mate nie 
                      pon cam tau2 jer waktu yg TEPAT tok
dye tutup. So, nie r hasilnye. Mntg2 sok exam multimedia, nie 
         adalah beberape contoh gmbr yg tlh di edit mggunakan 
                      software yg brlainan slain dr photoshop.

Thursday, March 31, 2011

darah OH darah

Posted by snow white at 9:14 PM 0 comments Links to this post





DARAH O 
Individu yang memiliki jenis darah dari kategori ini disifatkan sebagai individu yang setia, sabar dan sentiasa yakin terhadap keupayaan dan kebolehan diri sendiri. Selain itu individu dari kategori ini juga sering bersifat ingin menjadi ketua walau dalam apa jua perkara yang ingin dilakukan khususnya yang melibatkan kerja-kerja berkumpulan. Sekiranya menginginkan sesuatu, anda akan berusaha untuk mencapai matlamat tersebut walau dalam apa cara sekalipun. Ada kalanya anda dikatakan memiliki sifat cemburu yang agak kuat. Selain itu anda juga terlalu serius dalam persaingan sehinggakan ia mampu memberikan tekanan kepada diri anda sendiri. 
Oleh yang demikian anda harus lebih bijak mengawal emosi diri anda agar tidak dikuasai dengan tekanan. 
DARAH A 
Keharmonian dan keamanan adalah matlamat utama dalam hidup anda. Anda gemar melakukan kerja-kerja secara berkumpulan dan anda juga gemar melibatkan diri dengan berpersatuan. Anda bijak bergaul dengan individu di sekeliling dan ternyata mereka juga sentiasa berasa senang untuk bekerjasama dengan anda. Sikap sensitif, sabar, dan bertimbang rasa yang ada dalam diri anda itu melambangkan bahawa anda tergolong dalam kategori individu yang memiliki keperibadian penyayang. Walau bagaimanapun ada kalanya anda agak degil dan terlalu kuat bekerja sehinggakan tidak mengendahkan langsung waktu untuk berehat. Anda harus ingat, kesihatan juga perlu diutamakan. Jangan kerana terlalu leka dengan kerja-kerja anda itu, kesihatan diri pula yang terabai. 



DARAH B 
Sempoi! Itulah ungkapan yang paling rapat dengan anda. Anda lebih selesa dengan kesederhanaan. Dalam perhubungan pula anda adalah individu yang terlalu jujur dan lebih gemar berterus terang dalam apa jua perkara. Dalam melaksanakan sesuatu tugasan yang diberikan, anda lebih gemar melaksanakannya dengan cara anda sendiri. Anda adalah individu yang kreatif dan fleksibel, mudah bagi diri anda untuk meletakkan diri sendiri dalam apa jua situasi mahupun kelompok golongan tertentu. 
Anda adalah individu yang bijak bersosial. Namun ada kalanya sikap anda yang gemar berdikari dan tidak gemar meminta bantuan orang lain itu, mampu mendatangkan masalah buat diri anda dan sekali gus memperlihatkan kelemahan pada diri sendiri. Anda harus ingat bahawa, tidak semua perkara kita boleh menyelesaikannya secara bersendirian. 
DARAH AB 
Tenang dan bijak mengawal emosi, itulah keperibadian yang jelas terpancar dalam diri individu yang tergolong dalam kategori darah berjenis AB ini. Anda juga sentiasa menghormati orang lain dan ini menjadikan individu yang berada di sekeliling anda berasa selesa untuk berdampingan dengan anda. Anda juga memiliki sikap humor semula jadi dalam diri dan sentiasa bersikap menghiburkan dan ceria. 
Namun ada satu perkara yang harus anda perbaiki dalam diri anda itu. Anda perlu lebih bijak dan berani untuk membuat keputusan sendiri. Jangan biarkan orang lain membuat keputusan untuk diri anda sendiri.

Tuesday, March 29, 2011

tarikh lahir & warna. Pe rahsianye??????

Posted by snow white at 10:49 PM 0 comments Links to this post


If your birthday is between.... Birthday Color
> > December 23rd ~ January 1st = Red
> > January 2nd ~ January 11th = Orange
> > January 12th ~ January 24th = Yellow
> > January 25th ~ February 3rd = Pink
> > February 4th ~ February 8th = Blue
> > February 9th ~ February 18th = Green
> > February 19th ~ February 28th = Brown
> > February 1st ~ March 10th = Aqua
> > March 11th ~ March 20th = Lime
> > March 21st = Black
> > March 22nd ~ March 31st = Purple
> > April 1st ~ April 10th = Navy
> > April 11th ~ April 20th = Silver
> > April 21st ~ April 30th = White
> > May 2st ~ May 14th = Blue
> > May 15th ~ May 24th = Gold
> > May 25th ~ June 3rd = Cream
> > June 4th ~ June 13th = Grey
> > June 14th ~ June 23rd = Maroon
> > June 24th = Grey
> > June 25th ~ July 4th = Red
> > July 5th ~ July 14th = Orange
> > July 15th ~ July 25th = Yellow
> > July 26th ~ August 4th = Pink
> > August 5th ~ August 13th = Blue
> > August 14th ~ August 23rd = Green
> > August 24th ~ September 2nd = Brown
> > September 3rd ~ September 12th = Aqua
> > September 13th ~ September 22nd = Lime
> > September 23rd = Olive
> > September 24th ~October 3rd = Purple
> > October 4th ~ October 13th = Navy
> > October 14th ~ October 23rd = Silver
> > October 24th ~November 11th = White
> > November 12th ~ November 21st = Gold
> > November22nd ~ December 1st = Cream
> > December 2nd ~ December 11th = Grey
> > December 12th~ December 21st = Maroon
> > December 22nd = Teal






-----------------------------*RED*----------------------------

You are the cute and lovable type. You are picky but always in love...and
likes being loved. Fresh and cheerful, but can be "moody" at times. Capable
with people, nice, soft and they can love you for the way you are. Likes
people who are easy to talk to and can make you feel comfortable.




---------------------------*CREAM*---------------------------

Competitive and sportive. Don't like losing and always cheerful! You are
trustworthy, and very out going. You choose love carefully and don't fall
in love easily. But once you find the right one, you don't let go for a
long long time.




------------------------*TEAL*------------------------

You are mostly interested in your looks and have high standards in picking
love. You think and make a solution precisely and hardly make stupid
mistakes. You like to lead and is easy for you to make new friends.




-------------------------*GREY*--------------------------

You are attractive, and active. You never hide your feelings and express
everything that's inside. But can be selfish at times. You want to be
noticed, and don't like to be treated unequally. You can brighten up
people's day. You know what to say at the right time, and you have a good
sense of humour.




-------------------------*GREEN*-------------------------

You get along well with new people. You are not really a shy person, but
sometimes you can hurt people's feelings by your words...You like to be
loved and noticed by your lover, but mostly you are single waiting for the
right person.




-------------------------*GOLD*--------------------------

You know what's right and what's wrong for you. You are cheerful and out
going. It's hard for you to find the one you want, but once you find the
right person, you won't be able to fall in love again for a long time.




---------------------------*PINK*---------------------------

You are always trying your best in everything, and like to help and care
for other people. But you are not easily satisfied. You have negative
thoughts, and you look for the sort of romantic love only found in
fairytales.




---------------------------*YELLOW*---------------------------

You are sweet and innocent. Trusted by many people, and have a strong
leadership role in relationships. You make good decisions and make the
right choices at the right time. You dream of a romantic relationship.




--------------------------*MAROON*-------------------------

You are intellegent, and know what's right. You like to make things go your
way, which can sometimes cause trouble for not thinking about other
people's feelings. But you can be patient when it comes to love... Once you
get a hold of the right person, it's hard for you to find a better love.




-------------------------*ORANGE*---------------------------

You are responsible for your own actions, and you know how to treat people.
You always have goals you look towards, and are competitive. When it comes
to friendships, you find it hard to trust someone, but once you find the
right friend, you trust them for ever.




----------------------------*PURPLE*--------------------------

You are mysterious, never selfish and get interested in things easily. Your
day can be sad or happy depending on your mood. You are popular between
friends but you can act stupid at times, and forget things easily. You go
for people who are trustworthy.




-----------------------------*LIME*-----------------------------

You are calm, but easily stressed out. You get jelous easily, and complain
over little things. You can't get stuck into one thing,but you have a
capable personality for everyone to trust you and like you.




--------------------------*SILVER*----------------------------

You are imaginative and shy, but you like trying new things. You like to
challenge yourself. You learn things easily, and like "Hard to get". Your
love life is usually hard and confusing.




---------------------------*BLACK*----------------------------

You are challenging, and have the "guts". But you don't like changes in
your life. And once you make a decision, you keep it that way for a long
time. Your love life is also challenging, and different.




--------------------------*OLIVE*----------------------------

You are warm and light hearted. You seem to flow well with friends and
family. You don't like violence and know what's right. You are kind and
cheerful and don't envy other people easily.




---------------------------*BROWN*---------------------------

You are active and sportive. It's hard for other people to get close to
you, but you fall in love easily. But once you find out you can't get
something, you give up and let go easily as well.




---------------------------*BLUE*---------------------------

You have low self-esteem and are very picky. You are artistic and like to
fall in love, but you let your love pass by, by loving with your mind, not
your heart.




---------------------------*NAVY*-------------------------

You are attractive, and love your life. You have a strong feeling towards
everything and are very easily distracted. Once you get angry at someone,
its hard for you to forgive them.




---------------------------*WHITE*-------------------------

You dream and have goals in your life. You get jealous easily and you don't
react to things easily. You are different and sometimes thought of highly
by others.




---------------------------*AQUA*-------------------------

Your feelings change suddenly and easily. You are always lonley, and like
travelling. You are truthful, but listen and believe other people too
easily. It's hard to find love for you, and get lost in love easily.
Sometimes you also get hurt by love.

Sunday, March 27, 2011

cerpen...

Posted by snow white at 9:13 PM 0 comments Links to this post


Kedengaran lagu "Di Saat Aku Mencintaimu" nyanyian kumpulan Dadali diputarkan di radio. Aku sangat menyukai lagu tersebut kerana ia memberi makna yang sangat mendalam dalam hidupku. Ia juga telah merubah hidupku. Sungguh aku tidak akan melupakan peristiwa pada malam tersebut.

********************************************************************************

Aku dan Kimi merupakan sahabat baik semenjak dari kecil lagi. Kami mula berkenalan ketika berumur 9 tahun apabila keluarga Kimi berpindah ke sebelah rumahku. Sejak hari tu, kami bermain bersama-sama memandangkan kami merupakan anak tunggal. Kimi seorang yang ceria dan baik hati. Ketika aku sedang bersedih, Kimi pasti ada disampingku. Walaupun Kimi bersekolah di sekolah berasrama dari form 1- form 5 tapi hubungan kami tak pernah terputus. Dalam diam aku mula menganggap Kimi lebih dari seorang kawan. Tambahan pula dengan usia yang semakin meningkat Kimi kelihatan sangat matang dan memenuhi ciri-ciri lelaki idaman. Berkulit cerah, bermata agak sepet(mungkin mengikut ibunya),mempunyai ketinggian yang ideal dan yang paling penting senyumannya yang begitu memikat. Sekali pandang ala-ala Kim Sang Bum dalam movie Death Bell.

Pagi tadi aku baru sahaja menerima surat tawaran ke UiTM Kuala Pilah. Aku sangat bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran memandangkan result STPM aku yang tidak begitu cemerlang, aku still dapat belajar di Universiti. Sedang aku membelek-belek surat tawaran, ibu menyuruh aku menghantar kuih ke rumah Kimi dan aku menerima berita yang sangat gembira.

"Iman,"

"Kimi,"

"Hahaha....tak apa. Men first,"

"Aku dapat tawaran blajar ke UiTM Kuala Pilah bidang sastera Bahasa Melayu,"

"Ye ke? Wei, aku pun dapat kat situ. Baru dapat pagi tadi. Sama kursus dengan kau la,"

"Ha,biar betul! Bagus la tu. Nanti kat sana kite sesama ek. Ko sorang je la kawan aku,"

"Hmm...aku tau la. Kalau bukan aku, sapa lagi yang nak kawan dengan kau. Haha gurau je. Sorry, sengaja,"

"Kimi, aku tak akan tinggalkan kau melainkan kau yang tinggalkan aku dulu," kataku di dalam hati.

"Eleh..."

Dalam hati Tuhan je yang tahu betapa gembiranya aku. Kalau sebelum ini aku berasa takut untuk menghadapi kehidupan yang baru dan hidup berjauhan dari family aku tapi kini, aku sudah tidak risau lagi.

***************************************************************************

Kini, sudah masuk tahun ke-3 aku belajar di sini. dalam tempoh waktu itu, aku telah berkenalan dengan Aina merangkap roomateku yang terbaik dari 1st year. Aina seorang yang cantik, baik hati dan tidak sombong walaupun dia merupakan anak orang kaya. Pernah suatu ketika aku bertanya kenapa Aina tidak seperti anak orang kaya yang lain yang suka menunjuk-nunjuk  kekayaan yang dimiliki. Aina hanya menjawab"Itu bukan harta aku tapi harta bapak aku. So, buat apa nak bermegah". Mendengarkan itu aku jadi lebih tertarik untuk berkawan dengan Aina. Kami menjadi rapat dan menceritakan perihal diri masing-masing.

Sejak akhir-akhir ini, Kimi sudah mula berubah. Semenjak dia menyertai pertandingan sketsa pada sem lepas, Kimi sudah mula menjadi perhatian especially junior and of course la girls. Kami sudah jarang berjumpa dan berbual melainkan jika ada assingment. Tiada lagi gurau senda dan gelak tawa antara kami. Kimi terlalu sibuk dengan dunia "baru"nya itu. Aku sedar yang aku ni tak lawa dan tak up-to-date. Aku tidak kisah jika Kimi hendak bergaul dengan orang lain tapi perlu ke aku disisihkan??Suatu hari di kafe.......

"Kimi, aku nak cakap sikit dengan kau,"

Aku sebenarnya agak ragu-ragu kerana waktu itu Kimi sedang duduk bersama-sama kawan barunya. Memandangkan due date untuk submit projek kami lagi 3 minggu, aku memberanikan diriku.

"Nak apa? Cepat la, aku tak banyak masa ni," jawab Kimi tanpa memikirkan perasaan aku yang agak terkilan.

"Emm...pasal projek yang.......,"

"Oh, pasal projek tu apa-apa hal nanti aku call kau. Lepak la kan ada lagi 3 minggu nak submit. So, anything else? Kalau tak ada kitaorang nak bla dah ni,"

"Emm..tak. TAk ada apa lagi,"

Aku amat sedih sekali. Tak ku sangka Kimi sudah berubah sebegitu sekali. Aku terus melangkah ke dewan kuliah untuk subjek yang seterusnya walaupun masih ada lagi sejam sebelum kuliah bermula. Mujur dewan kuliah tersebut kosong. Aku memilih tempat duduk di belakang sekali. Beberapa minit selepas itu, Kimi and the geng masuk tapi mereka tidak perasan akan kehadiran aku kerana tempat dudukku di belakang dan tubuhku yang sederhana tinggi. Aku hanya mendengar percakapan mereka sahaja.

"Kimi, aku dengar cerita kau dengan Iman tu memang dah kenal dari kecil lagi. Betul ke?" tanya Safwan.

"Eh, mane kau dengar cerita ni. Mengarut je. Aku kenal dia masa orientasi dulu. Kita orang satu group,"

Jawapan Kimi itu sangat menyentak jantungku. Jika di kafe tadi aku berasa terkilan dengan layanan Kimi terhadapku kini aku sangat kecewa. Aku sudah tidak kuat untuk meneruskan kuliah pada hari itu. Mujur itu adalah kuliah yang terakhir. Aku segera meninggalkan dewan kuliah. Kimi sangat terkejut kerana tidak perasan kehadiran aku di situ. Kimi memanggilku beberapa kali tapi aku tidak mempedulikannya. Sampai di bilik, aku menangis sepuas-puasnya.

Bit...bit....bit

Iman sorry. Aku tak ada niat pun nak cakap macam tu. Iman aku minta maaf sangat-sangat.-Kimi-

Air mataku jatuh berjujuran lagi. Mesej Kimi aku biarkan sahaja dan aku terus mematikan handsetku. Tak ada niat? Senangnya Kimi memberikan alasan selepas dia menghancurkan  hatiku. Tidak bermaknakah persahabatan kami selama ini. Hampir lebih 10 tahun kami berkawan tapi inikah yang seharusnya aku terima? Memang patut aku merahsiakan perasaan aku terhadapnya. Jika tidak tentu aku bertambah sakit hati. Tidak lama kemudian Aina pulang dan dia amat terkejut melihat keadaanku. aku menceritakan semua yang terjadi kepada Aina.

"Sedih aku dengar cerita kau. Sabar ye. Sampai hati Kimi buat kau macam tu. Kalau aku la sebalum aku keluar dari dewan kuliah tu aku tampar dulu si Kimi tu," kata Aina selepas habis aku bercerita.

"Aku pun rasa nak buat macam tu tadi tapi hati aku ni dah sakit sangat. Sebab tu aku terus bla dari situ," jawabku.

"So, apa kau nak buat lepas ni?"

"Aku tak tau la Aina. Aku rasa aku dah tak boleh nak menghadap dia lagi,"

"Tapi, kitaorang ada projek bersama. Macam mana ni Aina?" sambungku lagi.

"Macam ni la. Esok kau jumpa pensyarah kau try minta tukar partner. Kau cakap la elok-elok. Insyaallah...boleh,"

Keesokan harinya, aku berjumpa Dr.Azman untuk menyatakan perihalku itu. Nasib baik Dr.Azman memberi kebenaran dengan syarat ada yang sudi untuk bertukar partner denganku. Aku cuba merisik-risik dengan teman sekuliahku dan Erin menyatakan kesudiannya untuk menjadi partnerku kerana dia juga tidak berapa selesa untuk bekerjasama dengan ahli kumpulannya iaitu Fendi. Fendi juga tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Kimi cuma aku memintanya untuk memberitahu perkara itu kepada Kimi. Selepas tamat kuliah terakhir pada hari itu, Kimi telah menahanku.

"Iman, aku minta maaf pasal semalam tu,"

"Ok. Maafmu diterima. Ada apa-apa lagi ke En.Hakimi?"

"Iman, kenapa kau panggil aku macam tu.Kau belum betul-betul maafkan aku ke?"

"Ya. Aku memang dah maafkan kau tapi luka di hati aku ni masih berparut. Semua ni sebab kau!"

"Ok..ok. Memang salah aku tapi takkan sampai nak tukar partner kot. Aku bukan rapat sangat dengan Fendi,"

"So, what?? Kita pun bukan rapat sangat. Kita kenal kan sejak orentasi. Tak ada bezanya dengan Fendi pun. Jadi......aku rasa tak ada masalah kalau kau bekerjasama dengan Fendi. Dah la aku ada hal ni,"

"Ha satu hal lagi sebelum aku terlupa. Mulai sekarang aku takkan masuk campur lagi dalam urusan kau. Teruskan dengan kehidupan masing-masing. Aku tak kisah kalau kau nak cakap apa pun pasal aku depan kawan-kawan kau. ok la aku bla dulu,"

******************************************************************************

Sudah sebulan semanjak peristiwa di dewan kuliah itu. Antara aku dan Kimi sudah seperti orang asing. Sewaktu aku pulang ke rumah pada minggu lepas parents aku sibuk bertanya kenapa tidak balik sekali dengan Kimi. lalu aku berikan alasan Kimi sibuk. Nasib baik mereka tidak banyak soal. Aku juga sering mengelak apabila terjumpa Kimi. Pernah suatu hari Kimi mengajak aku lunch bersama ketika di perpustakaan. Tanpa memberikan sebarang jawapan, aku terus bangun dan meninggalkan Kimi keseorangan di situ. Biar dia rasa apa yang aku rasa tapi kalau hendak dibandingkan dengan apa yang telah dia lakukan, aku rasa apa yang aku buat itu hanya 20%.


****************************************************************************

Pada malam ini akan diadakan Malam Gemerlapan. Sesiapa yang mempunyai bakat terpendam digalakkan mengambil bahagian dalam acara malam nanati. Aku seperti biasa tidak akan melepaskan peluang menjadi penonton setia pada malam itu. Aku telah berjanji denagn Aina untuk menyaksikan acara itu dan dia menyuruh aku menunggunya di bawah pokok berhampiran pintu masuk dewan kerana dia menghadiri kelas ganti.

Masa tinggal lagi 30minit sebelum acara bermula tetapi kelibat Aina masih tidak kelihatan. Nasib baik tempat duduk sudah ditetapkan mengikut kupon yang telah dibeli. kalau tidak tentu aku susah untuk mencari tempat duduk.

"Assalamualaikum, Iman,"

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara yang amat aku kenali sejak dulu lagi. Aku menoleh ke belakang.

"Kimi..........kau buat apa dekat sini?"

"Iman, dah sebulan lebih kita tak bertegur sapa. Aku perasan kau sengaja mengelak dari terserempak dengan aku kan?"

Aku hanya mendiamkan diri. Suasana sepi buat beberapa minit.

"Iman please......say something. Jangan diam je,"

"Tak ada apa lagi yang aku nak cakapkan,"

"Cakap la sesuatu. Aku tau kau marah dengan aku. Luahkan semuanya, Iman. Janganla kau seksa jiwa aku dengan berdiam diri begini,"

"Ooo......kau rasa terseksa. Selama ni ada kau fikirkan perasaan aku? Ada?"

"Sejak kau jadi famous kau tinggalkan aku sendirian. Ada kau peduli? Sampaikan satu saat kau tak mengaku yang kita da kenal sejak kecil. Aku rasa terhina sekali. Kenapa......kau malu ada kawan macam aku? Sudah la Kimi kalau aku marah sekali pun masa yang dah berlalu takkan berulang lagi. Kita bawa haluan masing-masing. Aku masuk dulu,"ujarku panjang lebar.

"Iman...aku suka kau. Aku sayang kau. Kau amat beerti dalam hidup aku,"

Langkahku terhenti. Aku tergamam seketika mendengar ucapan Kimi. Tak mungkin. Aku salah dengar ke? Kemudian aku tersedar mungkin itu hanya sekadar mainan di bibir sahaja.

"Sudah la Kimi tak payah ko nak hipokrit. Kau ingat aku percaya? Kenapa kau suka aku? Aku kan tak cantik, tak hot macam kawan kau yang lain. Buat apa kau cari aku lagi?"

"Semua tu tak penting lagi bagi aku. Aku cuma nak kau ada di sisi aku. Percayalah Iman. Aku ikhlas terhadap kau. Aku....,"

"Stop it Kimi. Kau bagi lah sayang kau tu kat sapa-sapa. Aku yakin dalam situasi sekarang ni, sekali kau petik jari sepuluh yang datang. Aku tak layak untuk kau,"

"Iman, dengarlah dulu apa yang aku nak cakap ni. Lepas ni terserah sama ada kau nak terima aku ke tak. Iman, aku betul-betul suka kau. Aku akui aku pernah hanyut dalam duniaku yang baru sampai aku tinggalkan kau dan tak mengaku kau kawan aku sejak kecil. Selama ini aku tak perasan yang aku suka kau sebab kau selalu ada di sisi aku. Tapi suatu ketika bila kau menjauhkan diri, aku mula terasa kehilangan. Saat tu baru aku sedar yang kau sangat penting dalam hidup aku. Selama ini kau yang menceriakan hidup aku, kau yang selalu memberi kata-kata semangat bila aku susah hati. Aku tak kisah dengan penampilan kau. Aku terima kau seadaanya. Aku dah meletakkan kau di satu tempat yang paling istimewa dalam hati aku. Aku dah tak kisah dengan populariti aku cuma nak kau terima aku. Lepas  ni kau fikir la masak-masak. Hujung minggu ni aku tunggu kau kat Jusco tak kira kau datang atau tak. Kalau kau tak datang itu bermaksud kau tak terima aku. Itu je yang aku nak cakap,"

Selepas itu, aku terus masuk ke dalam dewan. Aku ternampak Aina sudah duduk di kerusi. Aina memberitahu aku bahawa dia yang merancang pertemuan aku dengan Kimi tadi kerana beberapa hari yang lepas, Kimi ada berjumpa dengan Aina supaya merancang pertemuan kami. Aina bersetuju selepas melihat wajah Kimi yang bersungguh-sungguh. Tiba-tiba pengacara pada malam itu mengumumkan nama Kimi membuat persembahan. Aku betul-betul terkejut.

"Lagu ni saya tujukan khas buat saudari Nurul Iman. Dengarlah suara hatiku ini. Terimalah 'Di Saat Aku Mencintaimu'. Suasana menjadi riuh-rendah. Kemudian terdengar petikan gitar.

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Air mataku tidak dapat dibendung lagi. Keputusan aku muktamad. Aku sudah nekad.

*************************************************************************

"Hai, Iman hari minggu macam ni kau melawa nak gi mana?"

"Alah....kau ni Aina macam tak tau pulak. Saje je nak usik aku,"jawabku tersenyum senang.

"Iman aku gembira tengok kau dah jadi macam dulu. Sebagai kawan, aku sokong apa jua keputusan kau. Dah la tu......dah lawa da. Nanti lama pulak dia tunggu kau,"

"Iye la....aku nak pergi la ni,"


k x citer nie. cerpen nie wat sendiri. 1st time wat sje2 tgh boring hehe.........

text generator

"---------------------------"
 

:: 안녕하세요 :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review