Translate

Note Mood


Wednesday, April 27, 2011

MALANG TIDAK BERBAU

Posted by snow white at 1:32 PM
BANGI, 25 APRIL 2011- Satu kemalangan telah berlaku di simpang X menghala ke Banting sekitar jam 6-6.30 petang. Kemalangan membabitkan sebuah kereta sewa yang dinaiki oleh empat orang mahasiswi dengan sebuah kereta yang dipandu oleh seorang ustazah SRA. Sejurus selepas perlanggaran berlaku beberapa anggota polis yang kebetulan sedang makan durian di gerai durian tepi jalan datang untuk meninjau keadaan dan melancarkan keadaan jalan raya yang semakin sesak dan bunyi hon yang bertalu-talu dari pemandu jalan raya yang lain. Di samping itu, difahamkan tidak ada sebarang kecederaan parah yang berlaku. Punca kemalangan tidak dapat dipastikan kerana mangsa berada dalam keadaan trauma dan tidak dapat mengulas dengan lebih lanjut tentang kemalangan tersebut. Hal ini telah diselesaikan dengan baik tanpa sebarang pergaduhan dan sebarang kerosakan kereta yang berlaku akan dijelaskan melalui insuran. Kesemua yang terlibat telah membuat aduan di balai polis Kajang kira-kira jam 8 malam.


0 comments:

Post a Comment

text generator

"---------------------------"
 

:: 안녕하세요 :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review