Translate

Note Mood


Monday, January 14, 2013

Adakah Aku yang Bersalah?

Posted by snow white at 4:19 PM
Cerpen pendek


Aku melangkah ke dalam bilik lantas berbaring di atas katil menghilangkan penat lelah selepas berjalan hampir 500 meter dari perhentian bas. Tambahan pula bilik aku di atas bukit. Siapa sangka kini aku sudah bergelar pelajar U di Universiti Kebangsaan Malaysia. Tiba-tiba aku terkenang kembali peristiwa lalu iaitu ketika aku masih bersekolah di tingkatan 5. Walaupun telah 5 tahun berlalu namun peristiwa tersebut masih segar diingatanku.
************************************************************
Musim persekolahan sudah bermula. Kelihatan ibu bapa sedang sibuk menguruskan pendaftaran anak-anak mereka. Tiap-tiap tahun pelbagai ragam yang dapat dilihat. Itu belum termasuk lagi dengan pelajar Tingkatan 1 yang baru hendak belajar berpisah dengan ibu bapa. Selepas selesai urusan pendaftaran, aku segera ke dorm untuk memilih katil dan almari. Siapa cepat dia dapat. Tahun ini merupakan penentu hala tuju aku. Tidak aku sangka sekejap saja masa berlalu. Sedar tak sedar aku sudahpun masuk Tingkatan 5. SPM.....SPM....Ops, lupa pula nak perkenalkan diri. Nama aku Siti Suhaila binti Abdul Manaf. Kawan-kawan panggil aku Su. Aku segera mengemaskan pakaian dan barang-barang keperluan. Tak sabar nak pergi prep malam nanti nak jumpa kawan-kawan Pae dan Hamiza binti Shuib atau nama pendeknya Miza.
Usai solat maghrib berjemaah semua pelajar berpusu-pusu ke kelas prep. Tidak lupa untuk membawa kain buruk. Sudah sebulan lebih bercuti tentu sahaja kerusi meja semuanya berhabuk. Aku sampai ke kelas dengan termengah-mengah. Tingkat tiga la katakan....penat tu. Sampai dikelas aku terus mencari Pae dan Miza. " Su, sini. Kitaorang dah cop tempat kau." jerit Pae atau nama sebenarnya Nur Raffeah binti Ghani. "Apasal kau pilih betul-betul depan lelaki?" aku jelas menunjukkan ketidakselesaan.
"Dah tak ada tempat. Semua dah penuh." jawab Pae sambil tersenyum-senyum. Macam ada benda yang disorokkan dari aku.
"Kau jangan percaya Su. Si Pae ni nak duduk depan abang tersayang dia," balas Miza yang baru masuk dengan membawa kain basah untuk mengelap meja dan kerusi. Pae pula hanya menjeling geram. Tambahan pula buah hati pengarang jantung dia, Adli berada disitu. Aku hanya menggelengkan kepala melihat telatah kawan-kawan aku. Mereka lah yang telah menceriakan hari-hari aku diasrama. Tiba- tiba aku ternampak Razif duduk di belakang aku. "Alamak..jejaka idaman malaya duduk belakang aku la. Macam mana aku boleh lupa. Diakan BFF si Adli tu. Hai...jangan nanti timbul gosip sudah la. Macam la aku tak kenal perangai kawan-kawan aku ni." aku hanya bermonolog didalam hati.
" Ha..Su, jejaka idaman malaya dekat belakang tu. Senang la kau tackle. Dah la hansem, anak Dato' lagi," mula lah tu Miza nak sakat aku.
" Aku datang sini nak belajar ok." jawabku pula.
" Apa salahnya Su. Kau pun single lagi. Nanti dekat U tak payah nak susah-susah cari," tambah Miza lagi.
"Malas la aku nak berebut dengan peminat-peminat dia tu. Lagipun aku kan cantik juga. Petik sekali sepuluh yang datang," perasan la pula aku ni.
" Ceh...perasan tak sudah kau ni," aku ketawa terkekek-kekek melihat reaksi Miza.
*********************************************************************************
Aku hampir tersengguk mendengar Cikgu Mahmud mengajar di depan. Subjek Sejarah ni memang la aku lemah. Bukan lemah dalam periksa ya...lemah nak tahan mata ni dari tertutup. Dalam hati bukan main lagi aku berharap agar kelas segera tamat. Baru minggu pertama dah luntur semangat.
" Ok, kelas. Kamu dah lantik ke belum ketua dengan penolong?" tanya Cikgu Mahmud selaku guru kelas Tingkatan 5 Alpha. Kelas aku la tu...
"Belum, cikgu ...," jawab kami serentak.
"Kenapa tak pilih lagi. Kamu ni macam budak-budak pula. Padahal dah super senior. Kelas lain semua dah pilih."
" Apa kata cikgu pilih. Kami terima je. Kecil tapak tangan satu kelas kami tadahkan. Hehe..," kata Haiqal. Pelajar paling nakal dalam kelas tapi result gempak. Jangan main-main..
"Baiklah. Macam ni cikgu baling duster ni ke belakang. Siapa kena dia jadi ketua. No excuses. Faham?"
"Faham, cikgu." Apabila Cikgu Mahmud pandang ke depan sahaja, masing-masing terus tunduk mengelak. Semua tak nak jadi ketua.
1,2,3...Aduh! Rupa-rupanya terkena kepala Razif. Cikgu Mahmud memberi masa sehingga lusa kepada Razif untuk mencari calon penolong ketua. Mula lah Razif interview budak-budak perempuan. Tak kurang juga yang tergedik-gedik bila Razif bertanya soalan. Jejaka malaya la katakan....
......................................................................................................................................................
Cikgu Mahmud melangkah masuk ke kelas. Masing -masing dah berdebar especially girls. Siapa yang 'bertuah' dapat jadi penolong ketua kelas. Siapa yang nak kalau nanti sibuk dengan meeting la, ambil kehadiran la dan macam-macam lagi dengan nak SPM lagi tahun ni. Memang tak sanggup.
" Seperti yang dah dijanjikan...," tu...dia mukaddimah dah mula.
"Razif, kamu dah jumpa penolong kamu?"tanya Cikgu Mahmud.
" Masih fikir lagi cikgu. Tak tahu nak pilih siapa," jawab Razif.
" Saya suruh kamu cari penolong kamu je. Bukan cari calon bini. Itu pun susah ke?" riuh satu kelas dengan gurauan Cikgu Mahmud itu. Razif pula sudah merah muka menahan malu.
" Baiklah Razif, meh ke depan. Cepat, cikgu bukan nak buat apapun. Ha, kamu perhatikan satu-satu budak perempuan. Lepas tu kamu pergi dekat depan dia kalu kamu nak dia jadi penolong kamu. Yang perempuan, sila tutup mata. "
Dalam aku tutup mata terfikir. Siapa agaknya yang akan jadi penolong ketua kelas. Tidak lama selepas itu, aku terdengar Cikgu Mahmud memberi arahan untuk membuka mata. Perrgghh...terkejut betul aku. Buka mata saja, nampak Razif. Sah memang aku lah yang kena jadi penolong. Riuh satu kelas.
"Isy...tak nak. I tak rela. I tak rela." Namun semua itu hanya mampu terluah di dalam hati. Tamat sahaja kelas Sejarah, aku terus berpaling ke belakang. Nasib baik Razif duduk dekat belakng aku. Tak payah susah-susah nak bangun.
" Wei, apasal kau pilih aku. Aku kan dah cakap semalam aku tak nak. Penat la jadi penolong ni." sejujurnya memang aku tak nak jadi. Cukuplah tahun lepas. Seksa kot...
"Ala...aku tengok muka kau je yang boleh diharap. Lagi pun aku cikgu suruh cepat." balas Razif.
" Masalahnya sekarang...ada lagi 3 orang bekas penolong dalam kelas ni. Kenapa kau tak pilih salah seorang dari diaorang?" kataku lagi.
" Masalahnya sekarang....kau dulu pun penolong juga kan? So, tak salah aku pilih kau. Lagipun cikgu dah setuju. Kita tak boleh buat apa pe," kata Razif sambil tersenyum-senyum. Aku tak jadi nak bangkang memandangkan Cikgu Latifah sudah masuk ke kelas.
Dalam hati memang aku kutuk Razif habis-habisan." Orang cakap asyik nak dia je yang menang. Dah tu senyum-senyum. Tau la dia tu suka senyum. Ingat aku terpikat ke. Tolong sikit"
...............................................................................................................................................
Hari berganti hari. Bulan berganti bulan. Aku menjalani kehidupan seperti biasa. Namun sejak akhir - akhir ni aku sering mendapat surat dari seseorang yang aku tidak kenali. Surat tersebut mengandungi kata-kata tomahan dan ugutan. Pertama kali aku mengalami kejadian seperti ini. Macam dalam drama pula. Tapi kenapa aku? Aku ada menyinggung perasaan siapa-siapa ke? Apa yang pasti surat itu ditulis oleh orang dalam sendiri memandangkan sekolah berasrama penuh susah untuk orang luar sesuka hati keluar masuk tanpa kebenaran. Mula-mula aku buat tak endah sahaja tetapi makin lama makin menjadi-jadi pula. Seram aku dibuatnya.
" Su, kenapa aku tengok kau muram je. Tak ceria macam dulu." tanya Pae.
" Tak ada apa. Tension nak trial tak lama lagi," aku cuba berdalih.
" Aku tahu mesti ada yang tak kena. Kitaorang kenal kau bukan baru sehari dua. Dah 5 tahun. Dulu masa PMR kau tak macam ni. Cerita lah, setidak-tidaknya kurang sikit beban dihati kau tu" kata Miza pula.
" Ye la Su, kami ni kawan kau. Kami akan cuba tolong kau mana yang termampu." tambah Pae pula.
Malam itu, aku menceritakan segala-galanya kepada Pae dan Miza tentang surat ugutan yang selalu aku terima. Aku juga menunjukkan semua surat yang aku terima. Mereka juga kelihatan terkejut dengan kejadian yang menimpa aku. Kami terdiam sejenak sambil memikirkan cara untuk menangani masalah ini. Miza pula berkali-kali membelek dan membaca surat ugutan bagai tidak percaya situasi seperti ini dapat dilihat di depan mata sendiri.
" KAU INGAT KAU TU LAWA SANGAT? KAU TUNGGULAH!!!! "
" AMBOI, MATCHING NAMPAK BAJU KORANG MALAM NI. PANDAI KORANG RANCANG. MAKIN MENJADI-JADI PULA KAU NI. JANGAN INGAT AKU MAIN-MAIN SELAMA INI. KAU TUNGGULAH BALASAN KAU NANTI."
" BERANILAH KAU TIDUR MALAM NI. AKU TOREH.....MUKA KAU HABIS-HABISAN. HAHAHA...."
" Ya Allah...Su. Kenapa kau tak cerita dekat kami awal-awal lagi. Aku rasa baik kita bagitahu cikgu hal ni sebelum bertambah teruk lagi," cadang Pae
" Mula-mula aku ingat ada orang nak mainkan aku. Aku buat tak tahu la. Tapi bila dia ugut nak toreh muka aku terus aku tak boleh tidur. Aku tak tahu nak buat apa. Aku buntu."
" Budak dorm kau tahu tak?" soal Miza pula. Aku menggelengkan kepala.
" Kau bagi tahu lah diaorang. Setidak-tidaknya diaorang boleh tengok-tengokkan kau. Macam ni lah. Kau tak payah tidur dekat dorm buat masa sekarang. kau datang je dorm aku ke Pae ke. Ok tak?," kata Miza lagi.
" Aku tak nak susahkan kau orang berdua,"
" Apa pula susah. Kitakan kawan. Kena tolong-menolong. Wei, bila kau dapat surat-surat ni?" tanya Pae sambil memikirkan siapa yang boleh disyaki dalang disebalik surat-surat tersebut.
" Aku balik dorm je ade bawah bantal aku. Hari dan waktu yang sama pula tu." aku juga pelik bila masa pula dia meletakkan surat tu sebab tepat pukul 7 malam semua penghuni asrama wajib ke masjid dan solat berjemaah kecuali yang uzur perlu berkumpul di bilik TV untuk membaca mathurat.
" Waktu prep da habis ni. Esok kita sambung lagi bincang. Nanti lepas baca al-mulk datang la bilik kitaorang. Jangan lupa bagi tau budak dorm kau. Lower form kau tak payah bagi tahu. Nanti takut pula. Kau bagi tau form 4 dengan form 5 pun dah ok." terang Miza panjang lebar.
*********************************************************
2 hari telah berlalu namun aku masih tidak tahu orang yang menulis surat untuk aku. Setelah berbincang, klu yang aku perolehi setakat ni ialah perempuan dan Form 5 kerana si dia tau rutin seharian hidup aku dan aku dapat surat tu bawah bantal. Sah la perempuan cuma aku tidak tahu kelas aku ke atau kelas lain.
" Wei, Su aku ada berita terbaru," kata Pae. Aku dan Miza segera mendekati Pae. Gaya macam suspen je.
" Apa dia Pae. Aku tak sabar nak dengar," gesa Miza pula.
" Semalam aku borak dengan Adli dekat bilik KRS. Lepas 2 dia bagi tau Razif dapat surat cinta. Dia syak kau yang kasi."
" Bila masa pula aku tulis surat cinta? Nyawa aku sendiri terancam. Lagi satu aku mana ada perasaan dekat Razif tu," aku berkata dengan nada tidak puas hati. Suka hati je nak tuduh aku.
"Kitaorang tau. Yang jadi masalahnya, Razif dapat surat tu sama hari dengan kau dapat surat. Tak pelik ke?" sambung Pae lagi.
" Entah-entah orang yang sama. Dia jealous kot." kata Miza pula.
" Haah kot. Tapi, aku mana ada rapat sangat dengan Razif. Aku cakap pun kalau ada hal je. Pae, kau bagi tau Adli ke pasal aku?"
" Tak la. Aku senyap je. Nanti kecoh pula. Aku rasa baik kita bagi tau Cikgu Mahmud. Mana tau dia boloeh tolong," cadang Pae.
" Korang teman aku ye. Prep petang nanti kita jumpa Cikgu Mahmud. Aku pun dah tak tahan. Jangan meroyan pulak aku dah la," sempat lagi aku melawak tengah-tengah waktu genting ni.
***************************************************************************
Aku menceritakan segalanya kepada Cikgu Mahmud dan beliau berjanji akan cuba sedaya- upaya  untuk membantu aku. Sebagai langkah awal, Cikgu Mahmud memerhatikan setiap gerak geri pelajar yang mencurigakan terutamanya pelajar kelas aku. Cikgu Mahmud juga memanggil aku dan Razif untuk menceritakan perihal masing-masing.
Razif juga terkejut apabila mengetahui masalah aku kerana menyangka aku yang menulis surat kepada dia tetapi sebaliknya aku mendapat surat ugutan. Kami menunjukkan surat masing - masing. Kami cuba meneliti persamaan yang ada. Ternyata surat tersebut ditulis oleh orang yang sama kerana tulisan dan saiz kertas yang digunakan sama. Hanya warna tulisan sahaja yang berbeza. Surat Razif ditulis dengan maker hitam manakala surat aku ditulis dengan maker merah.
Setelah seminggu lebih aku memerhatikan tingkah laku orang disekeliling, aku mula berasa syak terhadap seseorang iaitu Syafinaz . Orang yang satu kelas dan satu dorm dengan aku. Aku bukan suka-suka nak syak Finaz tapi aku perhatikan dia seolah - olah mengelak apabila aku bercerita perihal surat yang aku dapat. Aku harus mendapatkan bukti. Aku segera memberitahu adik dorm aku yang paling rapat iaitu Syakila dan Nadia.
" Korang, orang rasa Finaz orang yang selama ni hantar surat ugutan tu,"
" Tapi Kila rasa, kak Finaz tu ok je. Tak nampak macam psycho pun." kata Syakila yang ragu-ragu dengan kata-kata aku.
" Kita tak tu juga. Luaran dia memang baik tapi dalaman dia macam mana. Entah-entah macam Dr.Jekyll and Mr,Hyde," balas Nadia pula.
" Tapi orang rasa memang Finaz. Kalau tak macam mana orang yang tulis surat tu tau orang pakai baju apa, rutin harian orang apa. Mesti orang tu satu dorm, satu kelas sebab Razif pun dapat surat. Lagipun dalam dorm ni ada 3 orang je Form 5. Finaz je yang sekelas dengan orang," hujah aku pula.
" Ye la Kak Su. Baru Nadia ingat. Hari tu, Nadia stay up dekat bilik bacaan nak siapkan baju Kak Su untuk malam Srikandi. Tiba-tiba kak Finaz tanya kenapa pilih kak Su. Lepas tu Nadia cakap la senang nak jahit baju sebab tinggi dengan saiz kita kan sama. Kak Finaz diam je tapi muka macam tak puas hati je," kata-kata Nadia menguatkan lagi syak aku terhadap Syafinaz.
" Macam ni kak Su, kitaorang kan period. Malam ni kitaorang skip mathurat lepas tu perhati siapa yang masuk dorm. Hari ni hari yang selalu kak Su dapat surat kan?" cadang Syakila pula.
" Tak bahaya ke? Nanti kantoi macam mana?"
" Insyaalla, tak ada apape kan Nadia. Nanti pandai la kami sorok," jelas Syakila lagi.
" Hmm...ok la macam tu. Korang hati-hati tau,"
Sepanjang prep malam aku berdebar-debar menunggu hasil penyiasatan adik dorm aku. Aku juga telah memberitahu rancangan tersebut kepada Pae dan Miza. Kalau betul sangkaan aku memang Finaz boleh dapat gelaran pelakon terhebat. Depan kawan-kawan berlagak baik tapi belakang...macam ni dia buat dekat aku.
Sejurus selepas habis prep malam aku terus bertanya adik dorm aku. Ternyata memang betul Finaz yang meletakkan surat ugutan itu. Pada mulanya adik dorm aku berasa was-was tetapi setelah melihat surat ugutan yang baru aku terima, kami yakin bahawa Finaz dalang sebenarnya.
" Macam mana Finaz boleh letak dekat katil orang?" aku ingin mengetahui dengan lebih lanjut jenayah yang dilakukan oleh Finaz.
" Kitaorang menyorok dekat bilik bacaan. Lama juga dengan berdebar lagi. Tiba-tiba terdengar bunyi barang jatuh. Kitaoramg pun apa lagi intai la. Lepas tu nampak kak Finaz lalu. Ingatkan dia nak ambil barang tertinggal tapi lepas tu dia patah balik dengan tangan kosong. Rasanya memang betul la dia punya kerja," cerita Syakila panjang lebar.
" Patut la dia letak surat tu hari Isnin dengan Khamis je. Rupanya dia curi masuk masa budak lepas buka puasa. Konon masuk nak ambil wudhu' tapi lain pula dibuatnya," tambah Nadia pula.
Keesokan harinya, aku dan Pae memberitahu Cikgu Mahmud dan beliau berjanji akan berbincang dengan warden untuk membuka loker Syafinaz untuk mencari bukti.
***********************************************************************
Malam itu, apabila semua pelajar telah pergi prep malam kami memulakan operasi. Kami bertiga bersama Cikgu Mahmud dan Ustazah Fadhzilah selaku ketua warden asrama perempuan membuka loker Syafinaz dengan kunci pendua. Alangkah terkejutnya kami apabila mendapati terdapat pisau, cutter dan beberapa peralatan tajam tersusun rapi di dalam loker. Selain itu, terdapat juga beberapa helai kertas A4 yang telah dibelah empat berselerakan bersama marker hitam dan merah. Aku terbayang mungkin selama ini dia tersenyum lebar apabila melihat kami berkumpul membincangkan isu surat ugutan sedangkan dia lah yang menghantarnya.
Cikgu Mahmud dan Ustazah Fadhzilah juga tidak menyangka Syafinaz sanggup bertindak sebegini hanya kerana seorang lelaki sedangkan aku dan Razif langsung tidak ada hubungan. Betullah apa yang pernah aku baca di internet. Kerana cinta manusia itu buta dan kerana cinta juga manusia hilang pertimbangan diri sehingga boleh bertindak di luar kawalan.
Bagi membuktikan bahawa Syafinaz bersalah, Cikgu Mahmud telah membuat tanda dengan kuku pada setiap helaian A4 tadi. Pada minggu hadapannya iaitu hari Isnin, aku mendapat surat ugutan dan terdapat tanda yang telah dibuat oleh Cikgu Mahmud. Aku dan Razif menunjukkan surat yang kami dapat kepada Cikgu Mahmud. Seterusnya dalam minggu itu juga Cikgu Mahmud merombak kembali tempat duduk kelas untuk menjarakkan kedudukan aku dan Razif. Walaupun aku masih lagi penolong ketua kelas tetapi semua tugas aku akan diambil alih oleh Adli.
Lama-kelamaan, aku sudah tidak dapat surat ugutan tersebut. Mungkin dia merasakan aku sudah tidak menjadi penghalang untuk dia mendapatkan Razif. Namun begitu, Razif tetap mendapat surat cinta. Walaupun semua pelajar tingkatan 5 sudah mengetahui hal tersebut kecuali Syafinaz and the geng tapi masing-masing memilih untuk mendiamkan diri. Takut pula jadi mangsa yang seterusnya. Aku juga tidak pernah berjalan atau pergi ke mana-mana seorang diri sehingga tamat SPM. Aku berterima kasih kepada semua sahabat yang sudi berada disamping aku sewaktu senang dan susah. Pengalaman ini tidak mungkin aku lupakan seumur hidupku.
Aku tersedar apabila terdengar bunyi pintu dibuka. Rupa-rupanya roomateku baru pulang dari kuliah. Astaghfirullahalazim..sudah pukul 6 petang rupanya. Lama benar aku mengelamun. Aku segera mencapai tuala untuk membersihkan diri sebelum menunaikan solat Asar.

p/s: cerita ini merupakan rekaan semata-mata. 

# Sila berikan pendapat/komen anda tentang cerpen ini.






 

1 comments:

snow white said...

akhirnye dlm mse 4 hari siap satu cerpen

Post a Comment

text generator

"---------------------------"
 

:: 안녕하세요 :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review