Translate

Note Mood


Sunday, March 27, 2011

cerpen...

Posted by snow white at 9:13 PM


Kedengaran lagu "Di Saat Aku Mencintaimu" nyanyian kumpulan Dadali diputarkan di radio. Aku sangat menyukai lagu tersebut kerana ia memberi makna yang sangat mendalam dalam hidupku. Ia juga telah merubah hidupku. Sungguh aku tidak akan melupakan peristiwa pada malam tersebut.

********************************************************************************

Aku dan Kimi merupakan sahabat baik semenjak dari kecil lagi. Kami mula berkenalan ketika berumur 9 tahun apabila keluarga Kimi berpindah ke sebelah rumahku. Sejak hari tu, kami bermain bersama-sama memandangkan kami merupakan anak tunggal. Kimi seorang yang ceria dan baik hati. Ketika aku sedang bersedih, Kimi pasti ada disampingku. Walaupun Kimi bersekolah di sekolah berasrama dari form 1- form 5 tapi hubungan kami tak pernah terputus. Dalam diam aku mula menganggap Kimi lebih dari seorang kawan. Tambahan pula dengan usia yang semakin meningkat Kimi kelihatan sangat matang dan memenuhi ciri-ciri lelaki idaman. Berkulit cerah, bermata agak sepet(mungkin mengikut ibunya),mempunyai ketinggian yang ideal dan yang paling penting senyumannya yang begitu memikat. Sekali pandang ala-ala Kim Sang Bum dalam movie Death Bell.

Pagi tadi aku baru sahaja menerima surat tawaran ke UiTM Kuala Pilah. Aku sangat bersyukur kerana dapat melanjutkan pelajaran memandangkan result STPM aku yang tidak begitu cemerlang, aku still dapat belajar di Universiti. Sedang aku membelek-belek surat tawaran, ibu menyuruh aku menghantar kuih ke rumah Kimi dan aku menerima berita yang sangat gembira.

"Iman,"

"Kimi,"

"Hahaha....tak apa. Men first,"

"Aku dapat tawaran blajar ke UiTM Kuala Pilah bidang sastera Bahasa Melayu,"

"Ye ke? Wei, aku pun dapat kat situ. Baru dapat pagi tadi. Sama kursus dengan kau la,"

"Ha,biar betul! Bagus la tu. Nanti kat sana kite sesama ek. Ko sorang je la kawan aku,"

"Hmm...aku tau la. Kalau bukan aku, sapa lagi yang nak kawan dengan kau. Haha gurau je. Sorry, sengaja,"

"Kimi, aku tak akan tinggalkan kau melainkan kau yang tinggalkan aku dulu," kataku di dalam hati.

"Eleh..."

Dalam hati Tuhan je yang tahu betapa gembiranya aku. Kalau sebelum ini aku berasa takut untuk menghadapi kehidupan yang baru dan hidup berjauhan dari family aku tapi kini, aku sudah tidak risau lagi.

***************************************************************************

Kini, sudah masuk tahun ke-3 aku belajar di sini. dalam tempoh waktu itu, aku telah berkenalan dengan Aina merangkap roomateku yang terbaik dari 1st year. Aina seorang yang cantik, baik hati dan tidak sombong walaupun dia merupakan anak orang kaya. Pernah suatu ketika aku bertanya kenapa Aina tidak seperti anak orang kaya yang lain yang suka menunjuk-nunjuk  kekayaan yang dimiliki. Aina hanya menjawab"Itu bukan harta aku tapi harta bapak aku. So, buat apa nak bermegah". Mendengarkan itu aku jadi lebih tertarik untuk berkawan dengan Aina. Kami menjadi rapat dan menceritakan perihal diri masing-masing.

Sejak akhir-akhir ini, Kimi sudah mula berubah. Semenjak dia menyertai pertandingan sketsa pada sem lepas, Kimi sudah mula menjadi perhatian especially junior and of course la girls. Kami sudah jarang berjumpa dan berbual melainkan jika ada assingment. Tiada lagi gurau senda dan gelak tawa antara kami. Kimi terlalu sibuk dengan dunia "baru"nya itu. Aku sedar yang aku ni tak lawa dan tak up-to-date. Aku tidak kisah jika Kimi hendak bergaul dengan orang lain tapi perlu ke aku disisihkan??Suatu hari di kafe.......

"Kimi, aku nak cakap sikit dengan kau,"

Aku sebenarnya agak ragu-ragu kerana waktu itu Kimi sedang duduk bersama-sama kawan barunya. Memandangkan due date untuk submit projek kami lagi 3 minggu, aku memberanikan diriku.

"Nak apa? Cepat la, aku tak banyak masa ni," jawab Kimi tanpa memikirkan perasaan aku yang agak terkilan.

"Emm...pasal projek yang.......,"

"Oh, pasal projek tu apa-apa hal nanti aku call kau. Lepak la kan ada lagi 3 minggu nak submit. So, anything else? Kalau tak ada kitaorang nak bla dah ni,"

"Emm..tak. TAk ada apa lagi,"

Aku amat sedih sekali. Tak ku sangka Kimi sudah berubah sebegitu sekali. Aku terus melangkah ke dewan kuliah untuk subjek yang seterusnya walaupun masih ada lagi sejam sebelum kuliah bermula. Mujur dewan kuliah tersebut kosong. Aku memilih tempat duduk di belakang sekali. Beberapa minit selepas itu, Kimi and the geng masuk tapi mereka tidak perasan akan kehadiran aku kerana tempat dudukku di belakang dan tubuhku yang sederhana tinggi. Aku hanya mendengar percakapan mereka sahaja.

"Kimi, aku dengar cerita kau dengan Iman tu memang dah kenal dari kecil lagi. Betul ke?" tanya Safwan.

"Eh, mane kau dengar cerita ni. Mengarut je. Aku kenal dia masa orientasi dulu. Kita orang satu group,"

Jawapan Kimi itu sangat menyentak jantungku. Jika di kafe tadi aku berasa terkilan dengan layanan Kimi terhadapku kini aku sangat kecewa. Aku sudah tidak kuat untuk meneruskan kuliah pada hari itu. Mujur itu adalah kuliah yang terakhir. Aku segera meninggalkan dewan kuliah. Kimi sangat terkejut kerana tidak perasan kehadiran aku di situ. Kimi memanggilku beberapa kali tapi aku tidak mempedulikannya. Sampai di bilik, aku menangis sepuas-puasnya.

Bit...bit....bit

Iman sorry. Aku tak ada niat pun nak cakap macam tu. Iman aku minta maaf sangat-sangat.-Kimi-

Air mataku jatuh berjujuran lagi. Mesej Kimi aku biarkan sahaja dan aku terus mematikan handsetku. Tak ada niat? Senangnya Kimi memberikan alasan selepas dia menghancurkan  hatiku. Tidak bermaknakah persahabatan kami selama ini. Hampir lebih 10 tahun kami berkawan tapi inikah yang seharusnya aku terima? Memang patut aku merahsiakan perasaan aku terhadapnya. Jika tidak tentu aku bertambah sakit hati. Tidak lama kemudian Aina pulang dan dia amat terkejut melihat keadaanku. aku menceritakan semua yang terjadi kepada Aina.

"Sedih aku dengar cerita kau. Sabar ye. Sampai hati Kimi buat kau macam tu. Kalau aku la sebalum aku keluar dari dewan kuliah tu aku tampar dulu si Kimi tu," kata Aina selepas habis aku bercerita.

"Aku pun rasa nak buat macam tu tadi tapi hati aku ni dah sakit sangat. Sebab tu aku terus bla dari situ," jawabku.

"So, apa kau nak buat lepas ni?"

"Aku tak tau la Aina. Aku rasa aku dah tak boleh nak menghadap dia lagi,"

"Tapi, kitaorang ada projek bersama. Macam mana ni Aina?" sambungku lagi.

"Macam ni la. Esok kau jumpa pensyarah kau try minta tukar partner. Kau cakap la elok-elok. Insyaallah...boleh,"

Keesokan harinya, aku berjumpa Dr.Azman untuk menyatakan perihalku itu. Nasib baik Dr.Azman memberi kebenaran dengan syarat ada yang sudi untuk bertukar partner denganku. Aku cuba merisik-risik dengan teman sekuliahku dan Erin menyatakan kesudiannya untuk menjadi partnerku kerana dia juga tidak berapa selesa untuk bekerjasama dengan ahli kumpulannya iaitu Fendi. Fendi juga tidak ada masalah untuk bekerjasama dengan Kimi cuma aku memintanya untuk memberitahu perkara itu kepada Kimi. Selepas tamat kuliah terakhir pada hari itu, Kimi telah menahanku.

"Iman, aku minta maaf pasal semalam tu,"

"Ok. Maafmu diterima. Ada apa-apa lagi ke En.Hakimi?"

"Iman, kenapa kau panggil aku macam tu.Kau belum betul-betul maafkan aku ke?"

"Ya. Aku memang dah maafkan kau tapi luka di hati aku ni masih berparut. Semua ni sebab kau!"

"Ok..ok. Memang salah aku tapi takkan sampai nak tukar partner kot. Aku bukan rapat sangat dengan Fendi,"

"So, what?? Kita pun bukan rapat sangat. Kita kenal kan sejak orentasi. Tak ada bezanya dengan Fendi pun. Jadi......aku rasa tak ada masalah kalau kau bekerjasama dengan Fendi. Dah la aku ada hal ni,"

"Ha satu hal lagi sebelum aku terlupa. Mulai sekarang aku takkan masuk campur lagi dalam urusan kau. Teruskan dengan kehidupan masing-masing. Aku tak kisah kalau kau nak cakap apa pun pasal aku depan kawan-kawan kau. ok la aku bla dulu,"

******************************************************************************

Sudah sebulan semanjak peristiwa di dewan kuliah itu. Antara aku dan Kimi sudah seperti orang asing. Sewaktu aku pulang ke rumah pada minggu lepas parents aku sibuk bertanya kenapa tidak balik sekali dengan Kimi. lalu aku berikan alasan Kimi sibuk. Nasib baik mereka tidak banyak soal. Aku juga sering mengelak apabila terjumpa Kimi. Pernah suatu hari Kimi mengajak aku lunch bersama ketika di perpustakaan. Tanpa memberikan sebarang jawapan, aku terus bangun dan meninggalkan Kimi keseorangan di situ. Biar dia rasa apa yang aku rasa tapi kalau hendak dibandingkan dengan apa yang telah dia lakukan, aku rasa apa yang aku buat itu hanya 20%.


****************************************************************************

Pada malam ini akan diadakan Malam Gemerlapan. Sesiapa yang mempunyai bakat terpendam digalakkan mengambil bahagian dalam acara malam nanati. Aku seperti biasa tidak akan melepaskan peluang menjadi penonton setia pada malam itu. Aku telah berjanji denagn Aina untuk menyaksikan acara itu dan dia menyuruh aku menunggunya di bawah pokok berhampiran pintu masuk dewan kerana dia menghadiri kelas ganti.

Masa tinggal lagi 30minit sebelum acara bermula tetapi kelibat Aina masih tidak kelihatan. Nasib baik tempat duduk sudah ditetapkan mengikut kupon yang telah dibeli. kalau tidak tentu aku susah untuk mencari tempat duduk.

"Assalamualaikum, Iman,"

Tiba-tiba aku dikejutkan dengan suara yang amat aku kenali sejak dulu lagi. Aku menoleh ke belakang.

"Kimi..........kau buat apa dekat sini?"

"Iman, dah sebulan lebih kita tak bertegur sapa. Aku perasan kau sengaja mengelak dari terserempak dengan aku kan?"

Aku hanya mendiamkan diri. Suasana sepi buat beberapa minit.

"Iman please......say something. Jangan diam je,"

"Tak ada apa lagi yang aku nak cakapkan,"

"Cakap la sesuatu. Aku tau kau marah dengan aku. Luahkan semuanya, Iman. Janganla kau seksa jiwa aku dengan berdiam diri begini,"

"Ooo......kau rasa terseksa. Selama ni ada kau fikirkan perasaan aku? Ada?"

"Sejak kau jadi famous kau tinggalkan aku sendirian. Ada kau peduli? Sampaikan satu saat kau tak mengaku yang kita da kenal sejak kecil. Aku rasa terhina sekali. Kenapa......kau malu ada kawan macam aku? Sudah la Kimi kalau aku marah sekali pun masa yang dah berlalu takkan berulang lagi. Kita bawa haluan masing-masing. Aku masuk dulu,"ujarku panjang lebar.

"Iman...aku suka kau. Aku sayang kau. Kau amat beerti dalam hidup aku,"

Langkahku terhenti. Aku tergamam seketika mendengar ucapan Kimi. Tak mungkin. Aku salah dengar ke? Kemudian aku tersedar mungkin itu hanya sekadar mainan di bibir sahaja.

"Sudah la Kimi tak payah ko nak hipokrit. Kau ingat aku percaya? Kenapa kau suka aku? Aku kan tak cantik, tak hot macam kawan kau yang lain. Buat apa kau cari aku lagi?"

"Semua tu tak penting lagi bagi aku. Aku cuma nak kau ada di sisi aku. Percayalah Iman. Aku ikhlas terhadap kau. Aku....,"

"Stop it Kimi. Kau bagi lah sayang kau tu kat sapa-sapa. Aku yakin dalam situasi sekarang ni, sekali kau petik jari sepuluh yang datang. Aku tak layak untuk kau,"

"Iman, dengarlah dulu apa yang aku nak cakap ni. Lepas ni terserah sama ada kau nak terima aku ke tak. Iman, aku betul-betul suka kau. Aku akui aku pernah hanyut dalam duniaku yang baru sampai aku tinggalkan kau dan tak mengaku kau kawan aku sejak kecil. Selama ini aku tak perasan yang aku suka kau sebab kau selalu ada di sisi aku. Tapi suatu ketika bila kau menjauhkan diri, aku mula terasa kehilangan. Saat tu baru aku sedar yang kau sangat penting dalam hidup aku. Selama ini kau yang menceriakan hidup aku, kau yang selalu memberi kata-kata semangat bila aku susah hati. Aku tak kisah dengan penampilan kau. Aku terima kau seadaanya. Aku dah meletakkan kau di satu tempat yang paling istimewa dalam hati aku. Aku dah tak kisah dengan populariti aku cuma nak kau terima aku. Lepas  ni kau fikir la masak-masak. Hujung minggu ni aku tunggu kau kat Jusco tak kira kau datang atau tak. Kalau kau tak datang itu bermaksud kau tak terima aku. Itu je yang aku nak cakap,"

Selepas itu, aku terus masuk ke dalam dewan. Aku ternampak Aina sudah duduk di kerusi. Aina memberitahu aku bahawa dia yang merancang pertemuan aku dengan Kimi tadi kerana beberapa hari yang lepas, Kimi ada berjumpa dengan Aina supaya merancang pertemuan kami. Aina bersetuju selepas melihat wajah Kimi yang bersungguh-sungguh. Tiba-tiba pengacara pada malam itu mengumumkan nama Kimi membuat persembahan. Aku betul-betul terkejut.

"Lagu ni saya tujukan khas buat saudari Nurul Iman. Dengarlah suara hatiku ini. Terimalah 'Di Saat Aku Mencintaimu'. Suasana menjadi riuh-rendah. Kemudian terdengar petikan gitar.

Mengapa kau pergi
Mengapa kau pergi
Di saat aku mulai mencintaimu
Berharap engkau jadi kekasih hatiku
Malah kau pergi jauh dari hidupku
Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Menyendiri lagi
Menyendiri lagi
Di saat kau tinggalkan diriku pergi
Tak pernah ada yang menghiasi hariku
Di saat aku terbangun dari tidurku

Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencintai dirimu
Aku inginkan dirimu
Datang dan temui aku
Kan ku katakan padamu
Aku sangat mencinta

Air mataku tidak dapat dibendung lagi. Keputusan aku muktamad. Aku sudah nekad.

*************************************************************************

"Hai, Iman hari minggu macam ni kau melawa nak gi mana?"

"Alah....kau ni Aina macam tak tau pulak. Saje je nak usik aku,"jawabku tersenyum senang.

"Iman aku gembira tengok kau dah jadi macam dulu. Sebagai kawan, aku sokong apa jua keputusan kau. Dah la tu......dah lawa da. Nanti lama pulak dia tunggu kau,"

"Iye la....aku nak pergi la ni,"


k x citer nie. cerpen nie wat sendiri. 1st time wat sje2 tgh boring hehe.........

0 comments:

Post a Comment

text generator

"---------------------------"
 

:: 안녕하세요 :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review