Translate

Note Mood


Wednesday, December 19, 2012

Big Bad Wolf

Posted by snow white at 9:57 AM

Semalam bersamaan 18 Disember 2012, Snow White pergi ke pesta buku Big Bad Wolf yang bertempat di MIECC, Serdang. Snow White pergi dengan 2 orang lagi Simaa dan Zu. Kami sampai awal dalam pukul 8.35. Oleh kerana belum buka lagi, Snow White pun ambil kesempatan bergambar dulu. Tepat pukul 9 pagi, kami serbu masuk dalam dewan. Banyak sangat buku English yang dijual dengan harga yang murah sekitar RM8 senaskhah. Sebenarnya Snow White tak minat sangat baca buku English ni. Tapi dah alang-alang sampai sana Snow White beli juga buku. Tajuknya 'The Mystery of Secret Room', 'The Mystery of the Missing Necklace' dan 'The Sea of Advanture'. Buku-buku ni kategori Young Adult. Nak beli yang tebal-tebal takut tak terbaca pula. Bila tengok buku yang banyak semalam, kalau la tu pesta buku novel melayu yang dijual dengan harga yang murah......mesti heaven! Kalau pergi PWTC memang harga murah tapi bukan separuh harga macam The Big Bad Wolf ni. Walau apa pun, Snow White tetap menantikan pesta buku di PWTC yang akan menjelang tak lama lagi. Lupa nak cerita. Semalam masa Snow White nak bayar, sebenarnya Snow White dah kira harga buku RM20 tapi tiba-tiba cashier kata RM14. Macam pelik pula. Lepas tu bila Snow White tengok resit rupa-rupanya dia tak kira lagi satu buku. Snow White pun terus cakap. Dia pun cek balik dan memang dia yang salah. Then, dia berterima kasih sangat dan dia bagi lagi penanda buku. Snow White dah dapat satu tapi dia bagi lagi tiga. Snow White pun ambil je la. Orang dah kasi. Tak rugi pun. Kat bawah ni beberapa gambar Snow White dekat sana.
Gambar dekat luar berlatar belakang kan padang golf

Ni pintu masuk The Big Bad Wolf

Sempat lagi bergambar dekat kereta Batman

Ni lagi satu kereta. Kalau ikutkan kene bayar RM10 sekeping tapi time ni pameran tak buka lagi. So, memang kami ambil kesempatan bergambar sepuas-puasnya.

Penanda buku yang Snow White dapat.

Dalam dewan. Banyakkan buku yang dijual. Peminat-peminat buku B.I rata-rata bawa beg troli sebab nak beli banyak. Ye lah masa ni la dapat beli dengan murah. Tak sampai RM10. Kalau nak compare dengan harga biasa, senaskhah je da cecah RM30. Belum lagi yang hard cover.


0 comments:

Post a Comment

text generator

"---------------------------"
 

:: 안녕하세요 :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review