Translate

Note Mood


Thursday, December 6, 2012

Lawatan Supervisor FTSM ke Syarikat

Posted by snow white at 10:08 AM
Assalamualaikum,

Salut! Bonjour! Comment allez-vous?

Je suis tres heureux hier. Pour quoi?

Ni snow white nak cerita. Sekarang snow white praktikal. Dah hampir 3 bulan dah. Semalam penyelia dari FTSM datang. Nak nilai snow white and kawan-kawan. 2-3 hari sebelum tu kitaorang lepak je la. Tapi kitaorang prepare je la projek yang tengah buat kot-kot la pensyarah nak tengok kan. Lepas tu masa nak balik kat dalam kereta la ni. Kawan aku Ida cakap kan boleh present terus kat pensyarah. So, minggu ke 21 tak payah present lagi kalau dia puas hati. Bayangkan sehari sebelum pensyarah datang kitaorang emel tanya pensyarah ok ke klu nak present then pensyarah kata ok. Kitaorang pon apa lagi kelam kabut la nak prepare slide. Dah la pagi 2 kitaorang ada urusan dekat bank. Memang petang tu bertungkus-lumus nak buat. Kitaorang guna prezi sebab grafik dia lawa. Sampai ke malam kitaorang buat slide. Siap praktis lagi present. Then we decided nak pegi makan kerang bakar. Boleh pulak tengah-tengah berdebar nak present gi makan kerang bakar. Tapi belasah je la janji perut kenyang. Hehehe :D .....Keesokan hari tiba la waktu yang ditunggu-tunggu. Pensyarah pula datang 15minit awal. Gelabah punya pasal, tiga-tiga sekali gi turun bawah jemput pensyarah. Terharu Dr. Kitaorang pon present macam yang dah praktis. Fuhhh.....memang terketar. Nasib baik penyelia syarikat tolong sekali cakap. Tak ada la gagap sangat. Then berita yang paling genbira.....kitaorang da tak payah present minggu 21. So, 3 minggu holiday...yey.....Bersyukur sangat sebab dapat penyelia syarikat dan pensyarah yang sporting. Dah habis..pensyarah belanja kitaorang makan kat Restoran Ayam Kampung. Kitaorang makan bihun sup. Sedap....Bertambah sedap sebab orang belanja. :). Tapi satu je yang snow white terkilan. Lupa nak ambil gambar padahal awal-awal dah rancang nak ambil gambar letak dalam report. Nak buat macam mana, benda dah berlalu. Kat bawah ni gambar kitaorang punya slide:

Sampai sini saja snow white membebel hari ni. Au revoir!

 

0 comments:

Post a Comment

text generator

"---------------------------"
 

:: 안녕하세요 :: Template by Ipietoon Blogger Template | Gadget Review